Thursday, July 7, 2011

LAMA


Semester 4 Degree ini adalah first time aku buat intersesi. Intersesi ok. Sir Syed dah kata, sebut betul-betul. Jangan salah sebut. Ada student jumpa dia dan kata, “Sir, saya nak buat Intercourse.” -_-

Dan selepas berakhirnya Intersesi selama sebulan, inilah dia postnya. Heh! Sorry lagi.

Dah 2 minggu cuti gamaknya. Terasa macam dah lama. Faiz kata, mungkin sebab intersesi tu dah macam cuti sebab kita belajar relax je. Padahal aku tak relax langsung.

Cuti 2 minggu ini membuatkan aku lebih berdedikasi dalam menguruskan rumah. -_-
Melepet, ketepet, potpet, semua aku rasa. Bosan.

Tapi best juga bila dapat polish up skill memasak aku. Pergi beli apa sahaja yang aku nak dan masak. Keluarga kalau banyak bunyik, kau kata je, “Orang dah masak penat-penat, cakap macam tu pula.” Confirm dorang diam.

Dalam tempoh 2 minggu ini, tidak mungkinlah otak aku tak berfungsi langsung. Banyak benda yang aku fikirkan. Aku memang nak kerja. Tapi masih malas nak cari. Boleh ke alasan malas nak cari? Bangang apa alasan itu.

Ada juga yang aku fikir untuk buat sesuatu bisnes. Makanya, bila pembaca mengetahui tentang BISNES, ramai aku perlekehkan aku, “Bisnes apa yang dia nak buat? Mesti tak untung mana. Aku taknak terlibat dalam bisnes dia nie.”

Okay, okay, aku tak paksa. Aku hanya mencuba. Sesungguhnya 9/10 daripada rezeki adalah daripada perniagaan. Makanya, aku mahu mencuba. Aku mahu mencuba. Aku mahu mencuba. Berjaya atau Gagal, kita saksikan kemudian. Dan aku sangat terbuka untuk menerima kegagalan kerana aku percaya, kegagalan itu pemula kepada kejayaan. ECEH~

Makanya, aku ingin bagitahu bahawa sehingga ke saat ini, otak aku masih bagus kerana boleh berfikir dan merancang. Walaupun hidup melepet, ketepet, potpet.

p/s : whatever lah.


No comments:

Post a Comment