Sunday, July 10, 2011

SELALU KENA MARAH

Kau nak tahu, hidup aku dari kecik hingga dewasa asyik kena marah je. Kira dalam dua-tiga hari tu, kalau tak kena marah, bukan aku lah.

Mungkin sebab aku nie nakal sangat? Atau degil sangat? Atau suka buat kerja ikut kepala sendiri je? Dalam erti kata lainnya, kepala batu bata? Mungkin juga.

Tapi boleh terima tak alasan kalau orang tu yang suka marah aku? Orang tu takleh tengok aku senang? Orang tu memang suka marah. Kiranya, MARAH MERUPAKAN HOBI BELIAU. Ok juga kan daripada asyik nak salahkan aku je?

Masa kecik-kecik, agak ramai laa orang yang suka marah aku. Aku bengang kau tahu? Hurm, siapa suka kena marah agaknya?

Bila aku asyik kena marah, makanya aku jadi AGAK berdisiplin. Tapi ada juga aku tak salah tapi kena marah, makanya hati aku memberontak. Ayat cool kan?

Sepertinya, makan nasi setiap hari dengan Budu. Sehari tak dapat budu rasa macam tekak takleh telan nasi.

Tapi bila sudah dewasa, aku tak heran dah orang nak marah aku. Aku Kental sikit lah. Aku rasa ayat KENTAL ini sesuai untuk Malik Noor je.

Bila dah dewasa, aku tak takut sangat laa sebab identiti aku sudah dikenal pasti. Aku akan buat apa sahaja yang aku fikir betul dan bagus. Peduli apa wey? Hidup kalau kena control pun tak guna jugak.

Bak datang, masa kecik-kecik ada pakcik sekor nie suka marah-marah aku. Masa kecik-kecik aku dah banned pakcik nie dari dalam hidup aku. Kalau kat kampung, time nak gi mandi sungai, kalau nampak dia dari jauh, aku akan cari jalan lain. Pakcik nie tegar orangnya. Garang, "Cengir."

Kalau kau jalan tunduk pun, dia akan tegur kau. Tak kisah lah tegur baik atau tak. Yang penting aku tak suka.

Makanya sudah ditakdirkan, dia nie sebenarnya pakcik sedara aku gak. Keturunan bapa aku memang HOBI MEREKA MARAH. Kahkah.

So, sampai sekarang, kalau ada kenduri kawen sedara-mara mesti akan jumpa dia. Tapi dia nie dah tua. Dia dah tak berapa nak garang. Aku pun dah tak takut sangat dengan dia.

Makanya, aku lebih suka ketawakan dia bersama adik-beradik dan saudara-mara aku yang lain bila teringat kisah kena marah zaman kecik-kecik. Walhal pakcik nie tak ingat pun yang dia pernah marah-marah aku masa zaman dahulu kala. Mungkin dah ramai sangat dia marah. Haha.

Hari tu terjumpa dekat kenduri kawen akak sedara. Aku dah tak takut. Ini bukti aku dah tak takut dan gambar ini di ambil oleh adik aku yang turut menjadi mangsa marah beliau di zaman 90-an.





"Sorry Pak Din, Just for fun. Muah!"

2 comments:

  1. hahhahaha...giler lah..kalu pakcik din nmpak ni gerenti dia balik ke zaman muda

    ReplyDelete
  2. suka.masa. : Hahaha. dia sudah baik. :)

    ReplyDelete