Monday, July 18, 2011

DIAM

Hari ini aku banyak bersabar. Kenapa aku boleh sabar? Mungkin aku semakin Sabar. Kahkah.
Aku penatlah. Bila orang marah, aku malas nak lawan sebab kalau aku lawan, tindakan aku akan melampaui akal fikiran yang waras. Makanya, lebih baik aku berdiam diri. PUAS HATI KAU?!!

Bila ada orang buat aku sakit hati, aku malas nak buat dia sakit hati balik. Biar Allah yang balasnya. Aku malas dan aku sabar. Aku sabar dan aku malas. Itulah aku di hari ini dan semalam.

Banyak hal aku tanggung, banyak benda aku diamkan. Hati siapa tidak memberontak bila banyak benda kena fikir. Sana sini bising. Sini sana bising. Semua tempat bising. Ada juga mata aku menjeling marah dan mulut aku memaki hamun. ONCE AGAIN, aku buat keputusan untuk berdiam diri dan beristighfar sahaja. Aku malas nak layankan hati yang memberontak ini.

Bila aku diam, hati aku marah dan aku boleh rasa darah aku naik sampai ke kepala. Takpe, takpe. Aku memilih untuk berdiam lagi. Kalau aku marah, aku akan menangis. Aku taknak menangis, oleh itu aku berdiam.


Agak merana juga jiwa ini bila kena marah dan hati juga sakit. Tapi aku masih enggan berbuat apa-apa. Tapi kau harus ingat, aku diam sebab aku lemah. Kau tunggu sahaja.

2 comments:

  1. PEMBETULAN : aku diam BUKAN SEBAB aku lemah.

    ReplyDelete
  2. adakalanya berdiam lebih baik daripada membalas kata kata orang yang suka sakit kan hati kita.

    ReplyDelete