Monday, January 10, 2011

CELOTEH : Launching my new blog !

Assalammualaikum !

Pada 11/01/2011 saya akan memberitahu kawan-kawan link blog saya. HAHA.
Poyo je nak launching. Ada kek, belon, dan potong reben lah konon-konon nya. Ala, bagi chance lah! ;P

Sebenarnya ingat nak start pada 1/1/2011 tapi time itu internet tidak stabil dan saya agak busy. Nak kumpul cerita sebenarnya.


Okay! Selamat menjadi follower saya. Insya'allah saya akan rajin update. Kalau saya berfikir dan otak bergerak, baru saya boleh post. HEHE.

Semoga anda semua boleh memberikan feedback yang baik supaya saya boleh menghasilkan blog yang lebih menarik untuk bacaan umum.

Terima Kasih kawan-kawan !







BAGI BUNGA LAH ORANG LAUNCHING NIE. HAHA.


Have a good day !

CELOTEH : Disakiti dalam diam

Helo !

Saya nak share perasaan saya. :( Emosi sedikit nie.

Malam tadi seorang teman menelefon saya.

Dia kata, "Nana aku minta maaf kat kau. Aku banyak kacau kau, aku banyak buat dosa dengan kau."

Saya pun kata, "Lah, takde pape lah. Relax lah. Kita kan kawan. Kalau ada aku sakit hati pun, dah lama aku maafkan kau."

Lalu dia pun berkata, "Takde laa, aku minta maaf sangat-sangat nie. Aku janji lepas nie aku takkan ganggu kau lagi. Aku tak nak sakitkan hati kau lagi."

Saya pun pelik dan berkata, "Kau nie kenapa? Saja nak berjiwang kan? Shit lah kau nie. Ceritalah!"

Dia berkata, "Takde pape lah. Aku minta maaf. Aku dah tak nak kacau orang lagi. Aku dah macam... Hurmm, takde papelah. Kau boleh janji sesuatu dengan aku tak?"

Saya sudah mula muak dan hanya berkata, "Kau nak aku janji apa?"

Dia kata,"Kau janji dengan aku yang kau akan delete nombor aku lepas letak telefon nie. Kau takkan cari aku lagi dan kau jangan kawan dengan aku lagi."

Saya menjadi marah secara tiba-tiba dan saya berkata, "Kalau kau cerita kat aku apa masalah kau boleh tak? Aku memang marah lah kalau tiba-tiba nak perangai macam nie! Apa masalah kau nie sebenarnya?" Masa nie dah menahan rasa marah sebab terasa kasihan pula. Tak sampai hati nak marah orang yang dalam masalah.

Kemudian dia berkata, "Takde pape lah. Aku macam dah give up sikit lah... Takpelah. Kau jangan risau pasal aku. Bye. Good night."

Saya dah malas nak layan. Sebab bukan sekali ini dia kata macam itu. Selalu nak emosi tak tentu pasal. Saya cuma berkata, "Kau dah sakitkan hati aku. Kau kalau dah tak nak kawan aku, kau takyah greet aku GOOD NIGHT."

Kemudian dia letak phone. Saya hanya mampu beristighfar menahan sabar. Yelah, mungkin dia dalam masalah. Tapi saya rasa dia ada masalah sendiri dan bercakap menurut perasaan sahaja. Saya kenal dia dan dia memang pernah buat begitu.

Lima minit kemudian, dia hantar mesej, "Thanks for once being my friend. It was a precious moment knowing a friend like you. Aku minta maaf. Kau jaga diri baik-baik ya."

Saya balas pula, "Kau ingat dengan minta maaf kat orang macam tu, kau akan tenang sedangkan kau dah buat orang susah hati dan tidak senang? I am far away from you and I won't know anything about you except if you tell me. Don't be childish."

Kemudian, dia berkata, "Aku minta maaf. Aku cuma dah malas nak fikir macam-macam. Aku rasa macam dah give up dah."

Saya membalas, "Semoga Allah sentiasa merahmati kau."

Dia balas, "Kau juga. Jaga diri baik-baik."

Saya dah malas nak cakap banyak. Saya mahu dia fikir sendiri. Lalu saya pun membalas, "Sesungguhnya Allah tak suka orang yang berputus asa. BYE"

Dia tidak balas lagi. Saya pun diam sahaja lah. Kalau dipaksa-paksa pun, dia tidak mahu cerita. Apa yang saya ingin sampaikan disini adalah, jika awak ada masalah, janganlah mencari perhatian sebegitu. Saya pernah ada seorang rakan seperti ini. Bila ada masalah, mulalah meracau sana sini.

Please people! Don't be childish.
Kadang-kadang tu takpelah kan. Tapi kalau dah selalu awak macam tu, orang naik muak dan bosan. Saya minta maaf. Saya bukanlah orang yang sempurna. Kadang-kadang saya pun emosi juga. Tapi kenalah pandai mengawalnya kan. Hurm, entahlah. Kalau ada masalah, cerita sahajalah. Saya pun TAK PERNAH cerita kat orang lain kalau itu satu rahsia.

Saya rasa macam satu masalah yang belum selesai tetapi meninggalkan saya begitu sahaja. Hurm, emosi gila :(
Takpelah. Saya tak mahu fikir masalah lah sekarang ini. I want to be happy ! ;)




Have a good day people !

KESIHATAN : Mari minum Kultur Hidup

Helo !

Rasanya tajuk kali ini adalah terlalu over. Maksud saya Kultur Hidup itu adalah minuman air Bliss.


Air sedap berkhasiat.

Kepada anda yang tidak suka makan yogurt kerana terlalu masam, marilah minum air yang tidak seberapa masam ini.

Tak perlulah sampai nak jadikan rutin tapi biarlah jadi antara minuman pilihan di masa lapang.

Kalau bosan-bosan tengah online tu, minum lah air ini. Air ini bagus untuk badan kita sebab ia dianggap probiotik. Bakteria kan selalunya tidak bagus. Tetapi bakteria hidup ini adalah baik kerana "mereka" menjaga usus kita dengan baik dan meningkatkan daya pencernaan dan mampu menyerap nutrisi penting daripada makanan. Mari minum!

Tapi sekali dah bukak, jangan biar lama-lama atau di luar peti sejuk tau! Nanti cepat basi. Maksudnya bakteria itu akan menjadi bakteria jahat pula :P

Kalau minum air ini ketika sudah tidak elok, anda boleh cirit-birit. Bahaya tau!

Apa-apa pun bau dahulu sebelum minum. Jangan lupa Bismillah. 


Have a good day !

CELOTEH : Perangai yang TAK SYOK

Helo! ;)

Tajuk cerita kali ini macam seorang ustazah nak menegur orang pula. Takkanlah menegur pun nak panggil ustazah, kan. Walaupun bukan ditegur depan-depan (saya tak berani tegur depan-depan), tolonglah fikir sendiri. Malu mak mertua kalau dapat menantu macam nie.

Senang kata, ini bukan teguran. Ini pandangan serong lah.

Haa, nie nak cerita nie. Cecite cecite kan...

Pagi tadi saya pergi breakfast di sebuah restoran di kawasan rumah saya. Saya duduk dengan ayah saya, sementara menunggu mama pergi bank. So, buat macam biasalah. Takkan nak buat macam luar biasa kan.

Lepas dah habis makan tu, saya tengoklah orang-orang di sekeliling saya (time makan tak tengok orang pun, nampak sangat lapar). Sambil jeling-jeling orang, saya juga tengok TV. Buat apa nak pandang orang lama-lama kan.

Tiba-tiba ternampak lah asap rokok dari satu meja makan yang ada 4 orang perempuan di situ. Ala, biasalah perempuan hisap rokok. Kita kan negara merdeka. Siapa nak marah.

Tapi, yang TAK SYIOK nyer, asap tu datang dari mulut perempuan bertudung. Hurm, memanglah tidak salah. Tapi itu kan dah merosakkan imej bertudung yang dibawanya. Perempuan bertudungkan adalah ciri-ciri wanita Islam yang sopan santun. (INGAT! Walaupun anda orang yang gila-gila, jangan pamerkan sikap seperti ini di khalayak ramai.)

Dalam hati saya, "Hurm, perempuan macam nie muncul jugak depan aku. Selalu dengar cerita je."

Malas nak berasa malu dengan keadaan itu, saya pun blah. Pergi toilet. Nak terberak sebenarnya. Toilet di tempat itu kena pergi jauh sikit. Luar dari restoran. Lepas balik dari toilet, ternampak laa perempuan tadi dan 3 rakannya nak naik lif.

Hurm, dia bertudung tapi JEANS KOYAK DI PEHA. Oh, Whatever. Aku yang free hair nie pun tak pakai seluar koyak di peha. OK STYLE. Kenapa kau pakai tudung kalau kau nak MEM-PEHA kat sini? Kau memalukan. Oh, maaf saya sangat emosi.


Koyak kat lutut tak perasan pulak.

Lain kali kalau rasa nak sangat koyak rabak, bak datang pakai seluar macam nie. BARU HOT GIRL IN THE CITY.


Bahagian hebat untuk "dikoyakkan".



Pilih gaya yang betul dan sesuai dengan penampilanmu.


Have a good day!

Saturday, January 8, 2011

CELOTEH : Janji yang belum ditunaikan.

Helo !

Hari itu, saya duduk sendirian. Memikirkan tentang diri saya. Apakah saya telah berdosa? Saya telah berjanji. Tetapi saya telah berasa tidak yakin untuk menunaikan janji itu. Saya tahu, saya boleh lakukannya.

Cuma, saya kurang keyakinan. Segala janji perlulah saya penuhi. Saya bukan seorang pemungkin janji. Saya sayang diri saya dan saya mahu Allah juga sayangkan saya.


Dan Allah SWT telah berfirman,

( Surah Al - Isra' : 34 )

Tafsirnya : "Dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia), sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya."

Dalam ayat yang lain Allah juga menerangkan bahawa orang yang telah menyempurnakan janjinya itu adalah antara sifat orang yang benar-benar beriman dan mengerjakan kebajikan, dan mereka itu adalah orang-orang yang bertaqwa.


Firman Allah SWT,

( Surah Al - Baqarah : 177 )

Tafsirnya : "Dan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka berjanji."


Jadi saya terfikir... NAK TAKNAK, KAU DAH BERJANJI, SILA TUNAIKAN JANJI ITU.

Err, boleh postpone tak?

Have a good day !

CELOTEH : Mari cuba rasai bersama

Helo !

Hari ini saya ingin berkongsi apa yang saya rasa dan saya tidak mahu orang lain rasa apa yang saya rasa.


Tajuk tak payah nak macam, "MARI-KITA-COBA-COBA-MUNGKIN-KITA-MERASA-BENDA-YANG-SAMA" lahh kan...

Saya cukup memahami perasaan orang yang kekasih hatinya mencurangi dirinya atau kekasih hatinya ada orang lain selain dirinya atau kekasih hatinya bermesra dengan orang lain.

Saya tahu perasaan itu sungguh PERIT dan MENYAKITKAN.

Saya tahu setiap orang TIDAK MAHU DITIPU PASANGAN MEREKA.

Saya tahu setiap orang TIDAK MAHU DICURANGI PASANGAN MEREKA.

Saya tahu setiap orang TIDAK MAHU DISAKITI PASANGAN MEREKA.

Apa lagi yang kau tahu? Ok, cukuplah. (Sila merendah diri. Jangan buat-buat macam SEMUA kau tahu.)

Perasaan itu memang menyakitkan terutama buat mereka yang benar-benar mencintai kekasih mereka.
Well people, as I know how it feels, I won't do the same to other people.

Tapi, mengapa ada orang ingin merasa yang bukan-bukan mengenai saya?

Disini saya ingin menyatakan bahawa saya tidak pernah berniat untuk merampas atau TERLAJAK mesra dengan kekasih orang. Saya tidak suka orang TERLAJAK mesra dengan kekasih saya, jadi saya akan buat benda yang sama.

Saya terlalu mencintai CINTAHATI saya dan saya tidak ada NAFSU (tipu nie) terhadap orang lain yang saya pandang.

Please girl, jangan salah sangka tentang persahabatan saya dan CINTAHATI KAMU. Saya berkawan dengan semua orang dan melayani perangai semua orang mengikut keperluan - Maksudnya mengikut "kapasiti kegalakkan berkawan" lah. (kau tak faham, kau boleh skip bahagian ini)

Saya tidak menyembunyikan status saya yang saya sudah ada CINTAHATI. Malah saya sering bercerita mengenai CINTAHATI saya. Jadi, mengapa perlu saya berlagak menggoda (perkataan ini best) CINTAHATI KAMU ?


Saya ada dia, Dia ada saya.

Saya tidak mahu pasangan kamu.

Mungkin kami TERPAKSA rapat atas sebab-sebab tertentu. Jangan salah faham. I have my own life. Jangan sesakkan jiwa saya yang sedia sesak seperti traffic jam di BB pada pukul 6 petang.

Saya ulang, SAYA TIDAK SUKA ORANG MENDEKATI PASANGAN SAYA DAN SAYA TIDAK AKAN MENDEKATI PASANGAN KAMU.

Have a good day !

CELOTEH : Kesedihan PERLU berakhir SEKARANG

Helo !

Ini merupakan minggu pertama saya di Shah Alam. Sudah sem 4 saya! Eh, silap. Saya sudah sem 4 ! Alhamdulillah sem 3 was a good start for me. ;) I got better result than during Diploma.

Menjangkakan sem 4 perlulah berusaha lebih keras kerana subjek-subjek sudah mula susah :(

Tetapi baru minggu pertama, saya menangis banyak kali. HAHA Lawak kan? Tapi aku merana.
Mana tidaknya, semester lalu saya sentiasa ditemani CINTAHATI saya, Iqbal - yang belajar di Unisel. Tetapi CINTAHATI sudah tamat Diploma lalu pulang ke kampung halaman di Semenyih :(

Hanya Tuhan yang tahu betapa saya kesunyian, kesedihan. Dah la tinggal dirumah sewa yang hanya ada 3 orang dan tiada kelengkapa barangan rumah, maksud saya, takde FURNISH lah. LANGSUNG TAKDE OK! Saya menangis sampai kawan-kawan pun nampak muka sugul (macam sugus) saya. Muka dah macam orang sakit. Tapi makan semakin berselera. 4 kali sehari. HAHA ;P

Ini muka pucat + sakit saya

Hidup saya bukan bergantung pada TV. Sekurang-kurangnya saya memerlukan internet. Baiklah! Minggu depan saya mahu pergi register internet. Tak tahan dengan kesunyian.

Pada awalnya, saya sering menyalahkan kawan-kawan yang tidak meluangkan masa bersama saya. Tiba-tiba saya terfikir. Mengapa perlu saya salahkan orang? Kawan-kawan juga ada hal lain. Saya tak patut berasa begitu. Saya perlu bijak menguruskan diri sendiri walaupun keseorangan. Saya perlu lebih berdikari. Dalam bahasa kasarnya, "AKU BOLEH HIDUP TANPA KAU DAN KAU BOLEH PERGI MAMPOS". Ok itu terlalu kasar. Minta maaf!

CINTAHATI selalu kerisauan melihat saya yang tidak keruan. Ada juga kawan melawak dan kata, "KAU NIE DAH MACAM MEROYAN". Ah, itu semua tidak penting lagi kini. Apa yang penting, saya perlu teruskan hidup dan belajar makan, minum, belajar sendiri.


Just take it easy.

Berdikari itu adalah SEGALA-GALANYA. Sekarang kan susah nak cari Teman Sejati.


Have a good day ! ;)