Monday, January 10, 2011

KESIHATAN : Mari minum Kultur Hidup

Helo !

Rasanya tajuk kali ini adalah terlalu over. Maksud saya Kultur Hidup itu adalah minuman air Bliss.


Air sedap berkhasiat.

Kepada anda yang tidak suka makan yogurt kerana terlalu masam, marilah minum air yang tidak seberapa masam ini.

Tak perlulah sampai nak jadikan rutin tapi biarlah jadi antara minuman pilihan di masa lapang.

Kalau bosan-bosan tengah online tu, minum lah air ini. Air ini bagus untuk badan kita sebab ia dianggap probiotik. Bakteria kan selalunya tidak bagus. Tetapi bakteria hidup ini adalah baik kerana "mereka" menjaga usus kita dengan baik dan meningkatkan daya pencernaan dan mampu menyerap nutrisi penting daripada makanan. Mari minum!

Tapi sekali dah bukak, jangan biar lama-lama atau di luar peti sejuk tau! Nanti cepat basi. Maksudnya bakteria itu akan menjadi bakteria jahat pula :P

Kalau minum air ini ketika sudah tidak elok, anda boleh cirit-birit. Bahaya tau!

Apa-apa pun bau dahulu sebelum minum. Jangan lupa Bismillah. 


Have a good day !

2 comments:

  1. kalau simpan dalam peti ais tak mati ke bakteria baik tu?

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete