Monday, January 10, 2011

CELOTEH : Disakiti dalam diam

Helo !

Saya nak share perasaan saya. :( Emosi sedikit nie.

Malam tadi seorang teman menelefon saya.

Dia kata, "Nana aku minta maaf kat kau. Aku banyak kacau kau, aku banyak buat dosa dengan kau."

Saya pun kata, "Lah, takde pape lah. Relax lah. Kita kan kawan. Kalau ada aku sakit hati pun, dah lama aku maafkan kau."

Lalu dia pun berkata, "Takde laa, aku minta maaf sangat-sangat nie. Aku janji lepas nie aku takkan ganggu kau lagi. Aku tak nak sakitkan hati kau lagi."

Saya pun pelik dan berkata, "Kau nie kenapa? Saja nak berjiwang kan? Shit lah kau nie. Ceritalah!"

Dia berkata, "Takde pape lah. Aku minta maaf. Aku dah tak nak kacau orang lagi. Aku dah macam... Hurmm, takde papelah. Kau boleh janji sesuatu dengan aku tak?"

Saya sudah mula muak dan hanya berkata, "Kau nak aku janji apa?"

Dia kata,"Kau janji dengan aku yang kau akan delete nombor aku lepas letak telefon nie. Kau takkan cari aku lagi dan kau jangan kawan dengan aku lagi."

Saya menjadi marah secara tiba-tiba dan saya berkata, "Kalau kau cerita kat aku apa masalah kau boleh tak? Aku memang marah lah kalau tiba-tiba nak perangai macam nie! Apa masalah kau nie sebenarnya?" Masa nie dah menahan rasa marah sebab terasa kasihan pula. Tak sampai hati nak marah orang yang dalam masalah.

Kemudian dia berkata, "Takde pape lah. Aku macam dah give up sikit lah... Takpelah. Kau jangan risau pasal aku. Bye. Good night."

Saya dah malas nak layan. Sebab bukan sekali ini dia kata macam itu. Selalu nak emosi tak tentu pasal. Saya cuma berkata, "Kau dah sakitkan hati aku. Kau kalau dah tak nak kawan aku, kau takyah greet aku GOOD NIGHT."

Kemudian dia letak phone. Saya hanya mampu beristighfar menahan sabar. Yelah, mungkin dia dalam masalah. Tapi saya rasa dia ada masalah sendiri dan bercakap menurut perasaan sahaja. Saya kenal dia dan dia memang pernah buat begitu.

Lima minit kemudian, dia hantar mesej, "Thanks for once being my friend. It was a precious moment knowing a friend like you. Aku minta maaf. Kau jaga diri baik-baik ya."

Saya balas pula, "Kau ingat dengan minta maaf kat orang macam tu, kau akan tenang sedangkan kau dah buat orang susah hati dan tidak senang? I am far away from you and I won't know anything about you except if you tell me. Don't be childish."

Kemudian, dia berkata, "Aku minta maaf. Aku cuma dah malas nak fikir macam-macam. Aku rasa macam dah give up dah."

Saya membalas, "Semoga Allah sentiasa merahmati kau."

Dia balas, "Kau juga. Jaga diri baik-baik."

Saya dah malas nak cakap banyak. Saya mahu dia fikir sendiri. Lalu saya pun membalas, "Sesungguhnya Allah tak suka orang yang berputus asa. BYE"

Dia tidak balas lagi. Saya pun diam sahaja lah. Kalau dipaksa-paksa pun, dia tidak mahu cerita. Apa yang saya ingin sampaikan disini adalah, jika awak ada masalah, janganlah mencari perhatian sebegitu. Saya pernah ada seorang rakan seperti ini. Bila ada masalah, mulalah meracau sana sini.

Please people! Don't be childish.
Kadang-kadang tu takpelah kan. Tapi kalau dah selalu awak macam tu, orang naik muak dan bosan. Saya minta maaf. Saya bukanlah orang yang sempurna. Kadang-kadang saya pun emosi juga. Tapi kenalah pandai mengawalnya kan. Hurm, entahlah. Kalau ada masalah, cerita sahajalah. Saya pun TAK PERNAH cerita kat orang lain kalau itu satu rahsia.

Saya rasa macam satu masalah yang belum selesai tetapi meninggalkan saya begitu sahaja. Hurm, emosi gila :(
Takpelah. Saya tak mahu fikir masalah lah sekarang ini. I want to be happy ! ;)




Have a good day people !

4 comments:

  1. saba la ngn kawan cmtu..nnt dy dtg blk tu...

    ReplyDelete
  2. he tried to attract your attention lah tu..
    tak kan lah kau xtahu..
    tapi aku baca2, macam lawak pon ada.. haha..
    sensitive juga mamat ni.. haha..

    ReplyDelete
  3. Annonymous : yes i know that. tapi penat dan menyusahkan pun ada. heh! by the way, he is a good friend actually :)

    ReplyDelete