Saturday, January 8, 2011

CELOTEH : Kesedihan PERLU berakhir SEKARANG

Helo !

Ini merupakan minggu pertama saya di Shah Alam. Sudah sem 4 saya! Eh, silap. Saya sudah sem 4 ! Alhamdulillah sem 3 was a good start for me. ;) I got better result than during Diploma.

Menjangkakan sem 4 perlulah berusaha lebih keras kerana subjek-subjek sudah mula susah :(

Tetapi baru minggu pertama, saya menangis banyak kali. HAHA Lawak kan? Tapi aku merana.
Mana tidaknya, semester lalu saya sentiasa ditemani CINTAHATI saya, Iqbal - yang belajar di Unisel. Tetapi CINTAHATI sudah tamat Diploma lalu pulang ke kampung halaman di Semenyih :(

Hanya Tuhan yang tahu betapa saya kesunyian, kesedihan. Dah la tinggal dirumah sewa yang hanya ada 3 orang dan tiada kelengkapa barangan rumah, maksud saya, takde FURNISH lah. LANGSUNG TAKDE OK! Saya menangis sampai kawan-kawan pun nampak muka sugul (macam sugus) saya. Muka dah macam orang sakit. Tapi makan semakin berselera. 4 kali sehari. HAHA ;P

Ini muka pucat + sakit saya

Hidup saya bukan bergantung pada TV. Sekurang-kurangnya saya memerlukan internet. Baiklah! Minggu depan saya mahu pergi register internet. Tak tahan dengan kesunyian.

Pada awalnya, saya sering menyalahkan kawan-kawan yang tidak meluangkan masa bersama saya. Tiba-tiba saya terfikir. Mengapa perlu saya salahkan orang? Kawan-kawan juga ada hal lain. Saya tak patut berasa begitu. Saya perlu bijak menguruskan diri sendiri walaupun keseorangan. Saya perlu lebih berdikari. Dalam bahasa kasarnya, "AKU BOLEH HIDUP TANPA KAU DAN KAU BOLEH PERGI MAMPOS". Ok itu terlalu kasar. Minta maaf!

CINTAHATI selalu kerisauan melihat saya yang tidak keruan. Ada juga kawan melawak dan kata, "KAU NIE DAH MACAM MEROYAN". Ah, itu semua tidak penting lagi kini. Apa yang penting, saya perlu teruskan hidup dan belajar makan, minum, belajar sendiri.


Just take it easy.

Berdikari itu adalah SEGALA-GALANYA. Sekarang kan susah nak cari Teman Sejati.


Have a good day ! ;)

2 comments:

  1. jangan la sedey..selagi ak ley teman ko ak usaha tuk temankn...ak x nk kawan ak rse kesunyian...smile=)

    ReplyDelete