Thursday, December 30, 2010

CELOTEH : Pada satu malam . . .

Helo !

Kali ini, saya emosi sikit.

Semasa saya part 6, Diploma di UiTM Segamat, saya dan rakan-rakan telah tinggal dirumah sewa sendiri. Kami berkenalan dengan jiran yang juga pelajar di UiTM.

Dah masuk Degree di UiTM Shah Alam nie membuatkan kami semua sangat jarang untuk berjumpa antara satu sama lain. Walaupun dengan kawan-kawan serumah saya :(

Tiba-tiba, pada satu malam, jiran saya bernama Zakwan telah menelefon saya setelah sebulan tidak berbual. Dia tanya saya, sedang buat apa. Saya kata, sedang berbelog sahaja.

Zakwan : "Aku cuma nak tujukan lagu nie untuk kau - TALKING TO THE MOON by Bruno Mars, lirik dia untuk kau tau. Meh aku pasang kat handphone aku, biar kau dengar".

Saya pun berkata, "Ok, aku google lirik dia jap".
Saya diam, mendengar, sambil menghayati lirik lagu yang menyentuh jiwa ini.

Selepas lagu habis, saya pun berkata, "Kau takyah nak jiwang sangat lah... Lirik dia best !"

Zakwan :"Kau jaga diri baik-baik tau. Jangan tinggal sembahyang. Semoga bahagia dengan Iqbal sehingga ke anak cucu."
Saya    : "Ouh, Terima Kasih. Nak bahagia sampai syurga lah !"
Zakwan : "Yelah... Semoga bahagia sampai syurga..."



Talking To The Moon Lyrics



I know you're somewhere out there
Somewhere far away
I want you back
I want you back
My neighbors think
I'm crazy
But they don't understand
You're all I have
You're all I have



Chorus:



At night when the stars
light up my room
I sit by myself



Talking to the Moon
Try to get to You
In hopes you're on
the other side
Talking to me too
Or am I a fool
who sits alone
Talking to the moon



I'm feeling like I'm famous
The talk of the town
They say
I've gone mad
Yeah
I've gone mad
But they don't know
what I know



Cause when the
sun goes down
someone's talking back
Yeah

They're talking back



Saya terfikir, ada tak kawan-kawan saya yang lain AKAN menghargai saya seperti ini...? Walaupun jauh, dia tetap mengingati saya.

Oh, Thank You so much ! I miss you. May our friendship last forever ! ;)


Have a good day !

KESIHATAN : Sila Bangun Tidur Awal - Untuk Saya

Helo !

Topik pada kali ini ialah, "TOLONG JANGAN BANGUN TIDUR LAMBAT LAGI !"


Tak kisah seberapa empuk tidur, saya TIDAK BOLEH bangun lambat !

Mengapa?

  • Saya telah mendapati, diri saya akan menjadi TIDAK NORMAL pada keesokan harinya.
  • Saya akan menjadi MOODY seharian.
  • Saya akan menjadi lemau dan pemarah.

MOODY

  • Walaupun saya MASIH BOLEH membuat kerja-kerja rumah, tetapi saya tidak sedar diri. Maksud saya, tidak sedar bahawa saya sedang buat kerja rumah.

MENJADI BLURRR

  • Otak saya tidak focus !
  • Saya akan BLURRR dan ia adalah amat merbahaya jika saya blur ketika memandu. Orang hon pon saya masih blur.
  • Hidup saya perlu dimulakan pada pagi hari atau sebelum tengahari. Jika tidak, sesiapa yang ajak keluar memang saya malas, kecuali untuk melepak di petang hari SAHAJA.
  • Saya akan mendapati kulit wajah saya kekeringan seperti TANAH YANG MEREKAH.



Kesimpulannya, Sesungguhnya Saya Tidak Ditakdirkan Menjadi Orang Yang Bangun Tidur Lebih Daripada Jam 1 Petang. Jadi, Tidur AWAL, bangun AWAL. ;)




Have a good day !

Wednesday, December 29, 2010

GAYA : Keyakinan Mengenakan Warna

Helo !

Warna apa yang sesuai untuk orang berkulit cerah?
Warna apa yang sesuai untuk orang berkulit gelap?
Warna apa yang sesuai untuk bla, bla, bla . . .

BOSAN dengan perasaan yang OVER-RISAU mengenai "How do I look?"

Bercerita mengenai warna.

Hari tu, kawan saya punya kakak berkahwin. Kak Ona nama pengantinnya, kakak kepada Didie.
Dia memilih tema HIJAU. OMG ! Saya sangat seraammm untuk memakai warna hijau. Dah laa hijau epal pula tu! Dah la berkulit gelap! Memang malu gila. Tapi saya teramat lahhhhh TIDAK YAKIN. Dengan penuh TIDAK YAKIN, saya berkata, "Weh, tak contra ke dengan warna kulit aku nie? Buruk lah... Aku risau GILAAA..."
Tapi, kawan-kawan dah bagi semangat. Jadi, saya pun memberanikan diri untuk pakai. Bila dah pakai, mereka kata, "Lawanyaaa baju kau. Sesuai dengan kau..."


BETUL ATAU AMBIL HATI? OK WHATEVER.







Ouch, keyakinan datang sendiri.
Kesimpulannya, BELUM CUBA BELUM TAHU.


Have a good day !


GAYA : Barangan Branded vs. Gaji Sederhana

Helo !

Yes. Ini topik sensitif sikit lah bagi mereka yang mengutamakan brand.
Bukan untuk berlagak pandai dalam soal pengurusan wang, tetapi ini perkara yang SERING terjadi dalam hidup kawan-kawan saya yang telah bekerja.

Satu hari, saya mengajak seorang kawan yang bekerja nie pergi melepak, minum-minum. Saya kata, "Ok, kau belanja aku tau." Kawan saya berkata, "Weh, gaji aku dah habis lah. Tunggu masuk gaji lah." Takkan saya nak paksa pula. Jadi saya hanya berkata, "Ok, sendiri bayar."

Ia membuatkan saya terfikir, gaji dia lebih daripada RM 1300++. Nak belanja minum ice blended pun tak dapat. Hehehe. Hurm, takkan baru 20hb, dah habis? Dah la belum kahwin lagi. Duduk dengan mak bapak. Makan minum mak bapak support. Pelik, kemana duit dia nie pergi...

Saya tidak tahu, tetapi saya kenali dia sebagai seorang yang memang agak kuat berbelanja. Kalau tidak pun, dia akan membeli barang-barang yang mahal.

YAAA !!! Mungkin sebab barangan yang mahal... Memanglah saya tiada hak untuk mengajar dia mengenai duit dia. Tetapi, kita perlulah bijak berfikir. Wang yang ada tidaklah sebanyak mana. Lepas tu sibuk nak enjoy sana sini, beli barang yang mahal.

Kalau nak barang branded pun, takkan lah gaji RM 1300, sibuk nak beli handbag RM800-RM1000 kan? Boleh membeli barang yang branded tapi tidaklah semahal itu. Cuma bijak memilih barangan pada harga yang berpatutan. Kalau dah simpan duit betul-betul banyak dan stabil, barulah berbelanja. Janganlah apa yang ada, terus digunakan. Tak simpan untuk emergency ke?

Duit yang ada boleh simpan untuk kahwin, boleh beli rumah, kereta, atau lebih bijak, melabur.






Just . . . Simpanlah duit anda sedikit kot-kot ada emergency. Kalau bukan untuk anda, untuk siapa lagi.

Have a good day !




CELOTEH : Bagaimana 24 Jam Membezakan Manusia ?

Helo !

Mari berceloteh mengenai MASA.

Pernahkah kita semua terfikir mengenai WAKTU / MASA ?

Apa yang kita tahu mengenainya?
  • 24 jam sehari.
  • 60 minit sejam.
  • 60 saat seminit.

Pernah tak kita terfikir, bagaimana dan mengapa wujudnya,


Orang yang hidup SENANG.


Orang yang hidup SUSAH.

Saya sedih sikit nak letak gambar betul bagi orang yang susah. Emosi sikit. Huhu. Biarlah gambar lukisan je yer.

Berbalik kepada MASA. Cuba kita bayangkan, nasib adik-beradik yang membesar didalam sebuah keluarga yang besar, datang dari gen yang sama, latar belakang keluarga yang sama, mendapat pendidikan yang sama.

Tapi, taraf hidup mereka masih berlainan. KAN?
Jangan campur adukkan jika dia berkahwin dengan orang kaya ke, dia cantik lebih ke, apa ke. Kita bayangkan, adik-beradik ini sama sahaja.

Yang membezakan kita adalah BAGAIMANA KITA MENGGUNAKAN 24 JAM, MASA YANG KITA ADA ?

  • Adakah orang yang kaya itu mempunyai 35 jam sehari untuk mereka mencari wang lebih?
  • Adakah orang yang pandai itu tidak tidur langsung demi belajar sepanjang masa?
Saya juga terfikir, bagaimana orang kaya menjadi kaya dan bagaimana orang miskin menjadi miskin?
Cuba jangan kita salahkan nasib dan takdir. SEMUA ORANG NAK JADI KAYA DAN SENANG. Tapi bagaimana ya cara kita memanfaatkan waktu yang ada ini? Terutama sekali buat yang masih muda seperti saya. Saya risau, makan tidur belajar saya pun tidak menentu. Hanya fikir nak enjoy jerrr...

Mendengar kata-kata daripada Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah mengenai penggunaan waktu ini, membuatkan saya terfikir sejenak. Apa yang boleh saya lakukan dalam masa 24 jam setiap hari, untuk hidup senang dimasa akan datang ?


Have a good day !


CELOTEH : BERSYUKUR

Helo !

Tiba-tiba saya terfikir, adakah saya seorang yang cukup bersyukur atas segala yang saya miliki pada hari ini?

Cuba kita renungkan manusia pada hari ini...

  • Orang kaya yang masih tidak berasa cukup dengan apa yang mereka ada. Terus mencari rezeki tetapi tidak gemar dengan aktiviti menderma.
  • Orang yang mendapat keputusan yang bagus dalam peperiksaan tetapi tidak menunaikan ibadah seperti yang dituntut, malah terus membuat dosa.
  • Orang yang DAH cantik/kacak tetapi masih lagi "menambah" sesuatu pada diri mereka supaya lebih cantik/kacak.

Juga pelbagai kelebihan yang mereka ada, tetapi seperti masih tidak cukup. Mengapa ya agaknya semua ini terjadi?

Jangan kata orang, saya sendiri terasa belum cukup mengucapkan kesyukuran kepada Allat SWT atas segala nikmat yang diberikan. Berapa kerap kita mengucapkan "Alhamdulillah" dalam sehari?

Setiap kali ingin mengusahakan sesuatu, pasti kita aku memasang niat dan membaca "Bismillahhirahmanirrahim". Tapi bila kita mendapat pulangan bagi sesuatu yang diusahakan itu, saya pasti, ramai dikalangan kita yang akan kata, "Yesss... Dapat gak aku akhirnya..." atau, "Waahhh, terbaikk lahh..."

Jadi, muhasabah lah diri seketika, malu dengan Allah, malu dengan diri sendiri, Bersyukur lah ;)



Have a good day !


CELOTEH : Sila Ucapkan Terima Kasih

Helo !

Kali ini saya mahu ceritakan tentang kisah saya suatu masa yang lalu. Ini mengenai hubungan saya dan kawan.

Kawan-kawan merupakan tempat untuk kita berkongsi segalanya. Mereka juga adalah orang yang boleh berkomunikasi, berbual, bertukar-tukar pendapat, berkongsi cerita, dan yang paling penting, MEREKA ADALAH TEMPAT UNTUK KITA MENCARI KEGEMBIRAAN. ;)

Mencari kegembiraan... Mencari kegembiraan... Mencari kegembiraan . . . ?

BETUL KE? Dalam banya-banyak kawan yang saya ada, terdapat segelintir yang SHIT. Shit is TAHI.


THIS IS SHIT / TAHI

Sebab, ada segelintir yang TIDAK PANDAI BERTERIMA KASIH, takpelah. Takkan nak paksa mereka berterima kasih pada kita, kan?
Tapi, BUKAN SUSAH UNTUK MENGUCAPKAN TERIMA KASIH BUKAN??
**Oh, bunyi seperti tension ya?
Memang aku tension lah BAPOK!

Ceritanya begini,
Saya pernah menyertai PLKN. Saya dan seorang kawan yang rapat dengan saya, Rita (bukan nama sebenar) pergi berdua tanpa mengenali sesiapa pun di sana. Tiba di sana, kami berkenalan lah dengan ramaaaiii gila kawan baru. Mungkin saya terlalu protective dan tidak mahu diri saya dan Rita berkawan dengan mana-mana budak PLKN situ dengan semudah-mudahnya. Jadi, saya pesan pada Rita, "Jangan cepat percaya orang."

Seminggu disana, Rita mula rapat dengan satu geng perempuan nie (5 orang). Saya juga baik dengan mereka. Kami semua baru berkenalan antara satu sama lain. Tetapi, saya bukanlah mudah mempercayai orang walaupun perempuan. Saya hanya berkawan biasa-biasa sahaja. Biasalah PLKN... Pasti wujud kehidupan berpuak.

Rita semakin hari makin rapat dengan 5 orang gadis ini dan saya merasakan Rita semakin tidak bersama saya dan hanya berkawan dengan 5 orang gadis ini. Tambahan pula, Rita dan 5 orang gadis ini telah menjadi musuh kepada salah satu geng di kem yang sama. Biar saya namakan geng bodoh nie sebagai GENG PINCANG. Hahaha

Geng Pincang tidak suka kepada Rita dan 5 orang lagi kerana perangai masing-masing. Ditambah pula Rita memiliki mimik muka yang sombong dan suka usha MAUT kat orang. Jadi mereka tidak puas hati.

Ok, nak dijadikan cerita, pada satu malam, beberapa ahli Geng Pincang telah ponteng solat. Saya pula uzur bersama beberapa 3 orang gadis yang rapat dengan Rita ini.

Disebabkan cikgu mengesyaki 3 orang gadis ini ponteng sembahyang, tiba-tiba, salah seorang daripada 3 orang gadis yang uzur ini telah berkata, "Hissh, cikgu nie nak tuduh-tuduh orang ponteng sembahyang pulak! ORANG YANG BETUL-BETUL PONTENG SEMBAHYANG TANAK TANGKAP PULAKK!!!"

Panggg, mulalah satu pergaduhan... Ketua Geng Pincang sangat marah dan masuk ke dorm kami. Ini dialog mereka,

Ketua Geng Pincang              : "Kau kata apa tadi?!!".

Gadis Bodoh dan Lemah 1     : "Apahal? Tak betul ke apa yang aku cakap??!".

Ketua Geng Pincang tanpa membuang masa... Dusshhh! Tumbuk muka gadis yang bikin dia panasss nie. Si Gadis Bodoh dan Lemah 1 itu pun menangis. Cakap pandai lagi...

Gadis Bodoh dan Lemah 2  : "Kau apahal nak tumbuk-tumbuk nie? Tak puas sangat apahal?!!"

Ketua Geng Pincang            : "Aku tak puas hati dengan geng korang. Salah satu sebabnya, ada perempuan dalam geng engkau tu, suka usha maut kat aku. Apahal?!!"

Gadis Bodoh dan Lemah 2   : "Dah muka dia memang macam tu, kau nak marah apahal? Kau tak percaya, tanya member dia tu..."

Tunjuk kat aku yang tengah tengok mereka. Oppss... SHIT. Aku nak kata apa? Memang aku cuak pon. Perempuan tu memang ganas pon. HAHA ok, fine. Aku penakut. (sikit).

Aku pun dengan buat-buat beraninya berkata, "Apahal kau? Muka dia memang macam tu. Dari dulu lagi, orang tak pernah cakap apa-apa pun. Yang kau nak terasa sangat nie kenapa? Biasa ar tu muka dia macam tu..."
"Kau tu dah la RABAK, BONGOK, JAHIL, RAMBUT BURUK, KETIAK BUSUK... " Eh, takkk... yang nie saya tambah jer. Hehehe

Ketua Geng Pincang pun terdiam dan berkata, "Korang jaga baik haa... Carik pasal dengan aku lagi, SIAP LAHH !!!"

Kami semua meredakan keadaan dan kembali ke tempat berkumpul. Budak-budak dah habis sembahyang, kecohlah cerita pergaduhan nie. Tindakan disiplin takyah ceritalah, memang kena. Nasib saya tak kena. Rita pun mengetahui hal yang itu.

Hari demi hari, Rita bermasam muka dan tidak bercakap dengan saya langsungKECUALI BILA DIA NAK PINJAM BARANG SAYA. Shit lagi sekali ok. 5 orang gadis pun macam taknak cakap sangat.

Bila saya tanya dengan salah seorang gadis tu, dia bagitahu, "Rita touching dengan kau sebab kau tak back up dia time gaduh tu..." Lahhh..... apa lagi yang saya boleh kata? Kalau saya tak tolong, saya diam dan tak masuk campur. TIME GADUH TU SUMPAH KECUT SEBAB PEREMPUAN TU GILA DAN PHYSCO. BAIK JANGAN MASUK CAMPUR SEBAB AYAH TAKDE (Hahaha). Apa yang termampu telah saya lakukan. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Tapi tidak dihargai langsung + Tak berterima kasih. Ini hadiah untuk orang yang tidak berterima kasih ke atas jasa orang lain,


DENGAN KAKI TERUSSS . . .

Kesimpulannya, berterima kasih lah atas segala pemberian orang lain walaupun tidak sebesar mana. Kerana sesungguhnya, sekecil-kecil pertolongan adalah KOMITMEN dan komitmen itu adalah TENAGA dan tenaga itu adalah sebuah KEKUATAN yang diperlukan.

Have a good day !



CELOTEH : Sumpah Tak Meniru !

Helo !

Saya pernah berbelog sebelum ini. Tetapi sangat TIDAK IKHLAS. Sebab setiap kali saya memikirkan blog hati pasti berkata, "Aduuhhh, aku tak tulis blog lagi lah... Banyak cerita nak post nie... Bila nie, lagi lambat aku post, lagi banyak cerita tertangguh. Tak free lahhh...!! "

Sedangkan saya terasa seperti dipaksa untuk menulis. Saya tidak mahu begitu. Biar saya berasa ringan hati dan tulang untuk post.

Ingin tahu blog lama?
Sudah tentu tidak perlu di ingat lagi kerana saya tidak ikhlas terhadapnya. Jika ada sesiapa yang terbuka dan terbaca, saya halal kan. Hehehe.

Blog ini?
Saya mahu gembira dan tenang ketika berbelog. Biarlah blog ini menjadi milik saya TANPA MENCIPLAK hasil orang lain. Ini kan hati kedua saya ;)

Terima Kasih kerana sudi menyinggah. Semoga anda bahagia sentiasa. Bye! ;)

Mari Berkenalan




Assalammualaikum pemula bicara


Saya membuat blog ini adalah untuk membicarakan soal hati saya kerana hati asli saya sudah terlalu padat untuk menampung perasaan ini. ;)


Saya hanya perempuan biasa,
Tiada yang menarik tentang saya,
Hanya ingin berkongsi rasa
Bersama teman-teman semua.




Have a good day !