Wednesday, December 29, 2010

CELOTEH : Sumpah Tak Meniru !

Helo !

Saya pernah berbelog sebelum ini. Tetapi sangat TIDAK IKHLAS. Sebab setiap kali saya memikirkan blog hati pasti berkata, "Aduuhhh, aku tak tulis blog lagi lah... Banyak cerita nak post nie... Bila nie, lagi lambat aku post, lagi banyak cerita tertangguh. Tak free lahhh...!! "

Sedangkan saya terasa seperti dipaksa untuk menulis. Saya tidak mahu begitu. Biar saya berasa ringan hati dan tulang untuk post.

Ingin tahu blog lama?
Sudah tentu tidak perlu di ingat lagi kerana saya tidak ikhlas terhadapnya. Jika ada sesiapa yang terbuka dan terbaca, saya halal kan. Hehehe.

Blog ini?
Saya mahu gembira dan tenang ketika berbelog. Biarlah blog ini menjadi milik saya TANPA MENCIPLAK hasil orang lain. Ini kan hati kedua saya ;)

Terima Kasih kerana sudi menyinggah. Semoga anda bahagia sentiasa. Bye! ;)

No comments:

Post a Comment