Wednesday, December 29, 2010

CELOTEH : Bagaimana 24 Jam Membezakan Manusia ?

Helo !

Mari berceloteh mengenai MASA.

Pernahkah kita semua terfikir mengenai WAKTU / MASA ?

Apa yang kita tahu mengenainya?
  • 24 jam sehari.
  • 60 minit sejam.
  • 60 saat seminit.

Pernah tak kita terfikir, bagaimana dan mengapa wujudnya,


Orang yang hidup SENANG.


Orang yang hidup SUSAH.

Saya sedih sikit nak letak gambar betul bagi orang yang susah. Emosi sikit. Huhu. Biarlah gambar lukisan je yer.

Berbalik kepada MASA. Cuba kita bayangkan, nasib adik-beradik yang membesar didalam sebuah keluarga yang besar, datang dari gen yang sama, latar belakang keluarga yang sama, mendapat pendidikan yang sama.

Tapi, taraf hidup mereka masih berlainan. KAN?
Jangan campur adukkan jika dia berkahwin dengan orang kaya ke, dia cantik lebih ke, apa ke. Kita bayangkan, adik-beradik ini sama sahaja.

Yang membezakan kita adalah BAGAIMANA KITA MENGGUNAKAN 24 JAM, MASA YANG KITA ADA ?

  • Adakah orang yang kaya itu mempunyai 35 jam sehari untuk mereka mencari wang lebih?
  • Adakah orang yang pandai itu tidak tidur langsung demi belajar sepanjang masa?
Saya juga terfikir, bagaimana orang kaya menjadi kaya dan bagaimana orang miskin menjadi miskin?
Cuba jangan kita salahkan nasib dan takdir. SEMUA ORANG NAK JADI KAYA DAN SENANG. Tapi bagaimana ya cara kita memanfaatkan waktu yang ada ini? Terutama sekali buat yang masih muda seperti saya. Saya risau, makan tidur belajar saya pun tidak menentu. Hanya fikir nak enjoy jerrr...

Mendengar kata-kata daripada Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah mengenai penggunaan waktu ini, membuatkan saya terfikir sejenak. Apa yang boleh saya lakukan dalam masa 24 jam setiap hari, untuk hidup senang dimasa akan datang ?


Have a good day !


No comments:

Post a Comment