Wednesday, December 29, 2010

CELOTEH : Sila Ucapkan Terima Kasih

Helo !

Kali ini saya mahu ceritakan tentang kisah saya suatu masa yang lalu. Ini mengenai hubungan saya dan kawan.

Kawan-kawan merupakan tempat untuk kita berkongsi segalanya. Mereka juga adalah orang yang boleh berkomunikasi, berbual, bertukar-tukar pendapat, berkongsi cerita, dan yang paling penting, MEREKA ADALAH TEMPAT UNTUK KITA MENCARI KEGEMBIRAAN. ;)

Mencari kegembiraan... Mencari kegembiraan... Mencari kegembiraan . . . ?

BETUL KE? Dalam banya-banyak kawan yang saya ada, terdapat segelintir yang SHIT. Shit is TAHI.


THIS IS SHIT / TAHI

Sebab, ada segelintir yang TIDAK PANDAI BERTERIMA KASIH, takpelah. Takkan nak paksa mereka berterima kasih pada kita, kan?
Tapi, BUKAN SUSAH UNTUK MENGUCAPKAN TERIMA KASIH BUKAN??
**Oh, bunyi seperti tension ya?
Memang aku tension lah BAPOK!

Ceritanya begini,
Saya pernah menyertai PLKN. Saya dan seorang kawan yang rapat dengan saya, Rita (bukan nama sebenar) pergi berdua tanpa mengenali sesiapa pun di sana. Tiba di sana, kami berkenalan lah dengan ramaaaiii gila kawan baru. Mungkin saya terlalu protective dan tidak mahu diri saya dan Rita berkawan dengan mana-mana budak PLKN situ dengan semudah-mudahnya. Jadi, saya pesan pada Rita, "Jangan cepat percaya orang."

Seminggu disana, Rita mula rapat dengan satu geng perempuan nie (5 orang). Saya juga baik dengan mereka. Kami semua baru berkenalan antara satu sama lain. Tetapi, saya bukanlah mudah mempercayai orang walaupun perempuan. Saya hanya berkawan biasa-biasa sahaja. Biasalah PLKN... Pasti wujud kehidupan berpuak.

Rita semakin hari makin rapat dengan 5 orang gadis ini dan saya merasakan Rita semakin tidak bersama saya dan hanya berkawan dengan 5 orang gadis ini. Tambahan pula, Rita dan 5 orang gadis ini telah menjadi musuh kepada salah satu geng di kem yang sama. Biar saya namakan geng bodoh nie sebagai GENG PINCANG. Hahaha

Geng Pincang tidak suka kepada Rita dan 5 orang lagi kerana perangai masing-masing. Ditambah pula Rita memiliki mimik muka yang sombong dan suka usha MAUT kat orang. Jadi mereka tidak puas hati.

Ok, nak dijadikan cerita, pada satu malam, beberapa ahli Geng Pincang telah ponteng solat. Saya pula uzur bersama beberapa 3 orang gadis yang rapat dengan Rita ini.

Disebabkan cikgu mengesyaki 3 orang gadis ini ponteng sembahyang, tiba-tiba, salah seorang daripada 3 orang gadis yang uzur ini telah berkata, "Hissh, cikgu nie nak tuduh-tuduh orang ponteng sembahyang pulak! ORANG YANG BETUL-BETUL PONTENG SEMBAHYANG TANAK TANGKAP PULAKK!!!"

Panggg, mulalah satu pergaduhan... Ketua Geng Pincang sangat marah dan masuk ke dorm kami. Ini dialog mereka,

Ketua Geng Pincang              : "Kau kata apa tadi?!!".

Gadis Bodoh dan Lemah 1     : "Apahal? Tak betul ke apa yang aku cakap??!".

Ketua Geng Pincang tanpa membuang masa... Dusshhh! Tumbuk muka gadis yang bikin dia panasss nie. Si Gadis Bodoh dan Lemah 1 itu pun menangis. Cakap pandai lagi...

Gadis Bodoh dan Lemah 2  : "Kau apahal nak tumbuk-tumbuk nie? Tak puas sangat apahal?!!"

Ketua Geng Pincang            : "Aku tak puas hati dengan geng korang. Salah satu sebabnya, ada perempuan dalam geng engkau tu, suka usha maut kat aku. Apahal?!!"

Gadis Bodoh dan Lemah 2   : "Dah muka dia memang macam tu, kau nak marah apahal? Kau tak percaya, tanya member dia tu..."

Tunjuk kat aku yang tengah tengok mereka. Oppss... SHIT. Aku nak kata apa? Memang aku cuak pon. Perempuan tu memang ganas pon. HAHA ok, fine. Aku penakut. (sikit).

Aku pun dengan buat-buat beraninya berkata, "Apahal kau? Muka dia memang macam tu. Dari dulu lagi, orang tak pernah cakap apa-apa pun. Yang kau nak terasa sangat nie kenapa? Biasa ar tu muka dia macam tu..."
"Kau tu dah la RABAK, BONGOK, JAHIL, RAMBUT BURUK, KETIAK BUSUK... " Eh, takkk... yang nie saya tambah jer. Hehehe

Ketua Geng Pincang pun terdiam dan berkata, "Korang jaga baik haa... Carik pasal dengan aku lagi, SIAP LAHH !!!"

Kami semua meredakan keadaan dan kembali ke tempat berkumpul. Budak-budak dah habis sembahyang, kecohlah cerita pergaduhan nie. Tindakan disiplin takyah ceritalah, memang kena. Nasib saya tak kena. Rita pun mengetahui hal yang itu.

Hari demi hari, Rita bermasam muka dan tidak bercakap dengan saya langsungKECUALI BILA DIA NAK PINJAM BARANG SAYA. Shit lagi sekali ok. 5 orang gadis pun macam taknak cakap sangat.

Bila saya tanya dengan salah seorang gadis tu, dia bagitahu, "Rita touching dengan kau sebab kau tak back up dia time gaduh tu..." Lahhh..... apa lagi yang saya boleh kata? Kalau saya tak tolong, saya diam dan tak masuk campur. TIME GADUH TU SUMPAH KECUT SEBAB PEREMPUAN TU GILA DAN PHYSCO. BAIK JANGAN MASUK CAMPUR SEBAB AYAH TAKDE (Hahaha). Apa yang termampu telah saya lakukan. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Tapi tidak dihargai langsung + Tak berterima kasih. Ini hadiah untuk orang yang tidak berterima kasih ke atas jasa orang lain,


DENGAN KAKI TERUSSS . . .

Kesimpulannya, berterima kasih lah atas segala pemberian orang lain walaupun tidak sebesar mana. Kerana sesungguhnya, sekecil-kecil pertolongan adalah KOMITMEN dan komitmen itu adalah TENAGA dan tenaga itu adalah sebuah KEKUATAN yang diperlukan.

Have a good day !



No comments:

Post a Comment