Monday, January 16, 2012

Menjadi diri sendiri

Tak pernah jadi diri sendiri ke woi?


Dulu aku nie agak wanna be jugalah kan. Sibuk nak hot hot macam retisss. Aku rasa orang akan suka aku dengan kelainan aku sebab aku yang sebenarnya memang orang dah tak pandang. Kahkah. Kesian aku -_-


Pernah juga aku nak bercakap dengan perlahan konon-konon lemah lembut. Padahal perangai Tomboy kau nak campak mana woi? Tak payah!


Pernah juga aku nak jadi seorang yang "ku-berserah-kepadaMu-dan-aku-redha". Bukan salah pun, tapi aku bukan spesis yang mengalah. Aku nie agak Karpal Singh juga. Kalau aku tak puas hati, memang aku hentam. Jangan harap kau nak terlepas. Tak payah berlagak macam cinetron Indonesia yang heroin nya pasti lemah. So, untuk aku yang kasar ini.... Tak payah hipokrit lagi. Bodoh.


Pernah juga aku nak jadi seorang olahragawati sekolah. Aku nak jogging setiap hari. Padahal sifat pemalas jogging bukan senang nak buang. Masuk pertandingan olahraga pun selalu dapat nombor 4 daripada 5. Takdelah hina sangat kan? Tapi selalu dapat nombor 3 antara 3 tu nak jadi apa? Tak payah berangan!


Pernah aku buat mulut aku yang bawah nie kedepan. Konon-konon aku nie kiut sangat bila buat cenggitu. So, nak jadikan kebiasaan. Macam mana nak jadikan kebiasaan dengan cara macam tu? Kahkah. Ini paling Bodoh.


So, bila masuk Universiti, lagi ramai orang kita jumpa.Lebih banyak ragamnya. Lebih natural. Lebih menjadi diri sendiri. Maka, aku tengok, wow, that's kinda nice even you are nobody, but that's you!


Start dari situ, biarkan aku menjadi aku. Aku tidak sempurna. Aku tidak dapat puaskan hati engkau. Kalau kau suka aku, maka kau suka sifat buruk aku.


Hasilnya? Wahh... Lebih memuaskan daripada mengubah diri sendiri menjadi orang lain. Tak payah ubah sifat diri engkau untuk kepuasan orang lain.


Kepada budak-budak baru nak up, Tak payah buat rambut macam K-pop sangat atau berlagak manja macam geng nobody nobody but chu atau berlagak Bruno Mars atau berlagak Rihanna. Benda-benda gini hanya akan buat kau ketawa pada diri kau sendiri bila kau tua kelak.


Tapi, jika diri sendiri itu dah teruk, sampai dah ramai orang tegur, berubahlah. Janganlah bodoh sangat semua nak kena ajar.


Sememangnya tak salah jika kita berusaha buang yang tidak elok untuk menjadi yang lebih baik. Nanti kawan-kawan sayang, suami sayang, emak mertua pun sayang... Teeheheehee


Berubahlah mengikut keperluan dan kearah kebaikan.



Sebab tu lah semua sayang aku (kehkehkeh)
SORRY GENG


END.

Berlagak

Macam tak biasa, ramai kata aku sombong, berlagak, kerek.


Tapi bila dah kenal aku nie memang friendly. Sampai tak berkira pun dengan kawan-kawan.


Tapi kalau aku di tempat yang aku tak kenal orang pun, kadang-kadang aku boleh bersembang aje dengan sape-sape yang dekat situ. Bergantung kepada keboringan aku lah.


Secara semulajadi, aku memang friendly dan banyak cakap. Aku melawak pun kadang-kadang melampau juga. Asalkan orang gembira. Lantaklah.


So, kalau nampak muka aku sombong tu, mungkin itu muka aku sahaja. Tambah-tambah part aku tengah berfikir. Memang sombong tahap muka diva juga lah. Padahal aku okay aje.


Kalau nak tahu orang tu sombong atau tak, uba kau try senyum dekat dia. Tambah-tambah bila time muka dia ketat gila tu.


Eheemmm, kalau aku, still boleh senyum. Muka dan Bibir aku nie memang cepat bertindak balas. Ermm, maksudnya Originally suka senyum lah. Ayat nie ok tak? Tak nampak riak kan?


Walaupun tengah marah, tak sepatutnya kita libatkan apa yang berada disekeliling kita. Diamkanlah sikit. Jangan la orang kampung maki kau dalam phone, orang kat sebelah kau yang kau tumbuk. Haa, gitulah bak kata Karam Singh Walia.


So, banyakkanlah senyum. Ingat! Hurt makes enemy happy. And Don't let them happy. So, STRUGGLE :)




P/s :   Sekurang-kurangnya aku tidak sesombong sahabat pena, si AA. Si AA nie memang sombong dan berlagak. Tak tau ikut perangai siapa. Adik dia baik habis dengan aku.



Aku harap kau berubah AA... Bye AA.

Sunday, January 15, 2012

Interview for Internship

Interview?

Aku :   Azdiyana!! Kita dapat tempat sama, tapi kenapa aku kena interview dan kau tak kena interview? Tak adil !!! Aku nak demam nie...! Benci interview!!!

Azd :   Entah la. Kenapa ya. Tapi aku rasa interview is better oh!

Aku :   Kepala hotak la better. Kalau silap nak jadi apa? Aku mengharap nie. Hahaha. Mesti CGPA kau tinggi kan? Yelaaa.... Aku tahu la aku tak dekan last sem. :( Semua gara-gara economy...

Azd :   Alaaa, kau lek je la. Aku yakin kau boleh buat punya. Mungkin dia interview kau sebab dia nak kau jadi CEO.

Aku :   Aku tahu lah kau nak sejukkan hati aku. Tapi tak payah lah sampai nak jadi CEO perginyer.

Azd :   Hahaha. Anyway, Good Luck!

Aku :   Hoh~ Thank you dear. ;)



********************************************************


After the interview...


Kinda complicated questions pointed to me. But I managed to answer them properly as I have so many experiences of being a Leader.


Where is the place that asked difficult questions just for an internship placement?
It just for INTERNSHIP okay!


Then, I noticed that those questions are important for becoming Leader. Because that department is looking for a potential leader in the future.


LEADER? Internship or maybe placement for employment? Hihihi. Hopefully !


What kind of organization is that?










Now you know why on the earth am I so excited to do my Internship here, right?


Pray for me :)


INSYA'ALLAH

Saturday, January 14, 2012

A Smile Can Hide Billion of Tears


Try to hide your hurts because Hurts make enemy happy.
Don't let them happy.

Struggle.

Mama kata...

Jangan Berkawan Terlalu Baik Dengan Orang LAGI.

Siapa tahu

Siapa tahu dia yang aku terima, dia yang membuang aku.
Siapa tahu dia yang aku maafkan, dia yang tidak memaafkan aku.
Siapa tahu dia yang aku tolong, rupanya dia yang menyesakkan aku.
Siapa tahu dia yang aku gembirakan, rupanya dia yang menyedihkan aku.
Siapa tahu dia yang aku harapkan, rupanya dia yang tinggalkan aku.
Siapa tahu dia yang aku titik beratkan, rupanya dia yang menghinakan aku.
Siapa tahu dia yang aku baikkan, rupanya dia yang burukkan aku.

...Takpelah...

Sabar

Rasanya banyak hal yang perlu dipersoalkan. Tapi rasanya tiada siapa sudi menjawabnya. Mungkin ini dugaan Yang Maha Esa. Aku berserah diri kepada-Mu Ya Allah.

Kadang-kadang mencari teman untuk berbicara. Tapi semuanya macam taknak ambil tahu. Bila telefon, semuanya sibuk. Nak juga rasanya meluahkan perasaan yang terbuku dihati. Ya, mungkin kawan-kawan itu tempat untuk berkongsi kegembiraan. Bukan lagi tempat untuk bersedih.

Pernah juga 5 days in a row aku bersedih dengan apa yang terjadi. Semuanya seorang diri. Nak bercerita pun takut terkata fitnah, mengumpat. Jadi baik aku diamkan.

Menelefon kawan tapi demam pula.
Menelefon kawan tapi sibuk pula.

Semuanya serba tak kena. Mungkin satu sumpahan untuk aku bila bergembira ada sahaja orang disekeliling. Tapi bila bersedih tiba-tiba semuanya hilang.

Pelik. Tapi aku harus teruskan hidup aku. Walaupun sampai bila-bila jadinya begini, aku harus terima.

Ya, bukan semua sudi mendengar kesedihan kita walaupun kita sentiasa mendengar kesedihan mereka.


END.