Saturday, January 14, 2012

Sabar

Rasanya banyak hal yang perlu dipersoalkan. Tapi rasanya tiada siapa sudi menjawabnya. Mungkin ini dugaan Yang Maha Esa. Aku berserah diri kepada-Mu Ya Allah.

Kadang-kadang mencari teman untuk berbicara. Tapi semuanya macam taknak ambil tahu. Bila telefon, semuanya sibuk. Nak juga rasanya meluahkan perasaan yang terbuku dihati. Ya, mungkin kawan-kawan itu tempat untuk berkongsi kegembiraan. Bukan lagi tempat untuk bersedih.

Pernah juga 5 days in a row aku bersedih dengan apa yang terjadi. Semuanya seorang diri. Nak bercerita pun takut terkata fitnah, mengumpat. Jadi baik aku diamkan.

Menelefon kawan tapi demam pula.
Menelefon kawan tapi sibuk pula.

Semuanya serba tak kena. Mungkin satu sumpahan untuk aku bila bergembira ada sahaja orang disekeliling. Tapi bila bersedih tiba-tiba semuanya hilang.

Pelik. Tapi aku harus teruskan hidup aku. Walaupun sampai bila-bila jadinya begini, aku harus terima.

Ya, bukan semua sudi mendengar kesedihan kita walaupun kita sentiasa mendengar kesedihan mereka.


END.

No comments:

Post a Comment