Monday, January 16, 2012

Menjadi diri sendiri

Tak pernah jadi diri sendiri ke woi?


Dulu aku nie agak wanna be jugalah kan. Sibuk nak hot hot macam retisss. Aku rasa orang akan suka aku dengan kelainan aku sebab aku yang sebenarnya memang orang dah tak pandang. Kahkah. Kesian aku -_-


Pernah juga aku nak bercakap dengan perlahan konon-konon lemah lembut. Padahal perangai Tomboy kau nak campak mana woi? Tak payah!


Pernah juga aku nak jadi seorang yang "ku-berserah-kepadaMu-dan-aku-redha". Bukan salah pun, tapi aku bukan spesis yang mengalah. Aku nie agak Karpal Singh juga. Kalau aku tak puas hati, memang aku hentam. Jangan harap kau nak terlepas. Tak payah berlagak macam cinetron Indonesia yang heroin nya pasti lemah. So, untuk aku yang kasar ini.... Tak payah hipokrit lagi. Bodoh.


Pernah juga aku nak jadi seorang olahragawati sekolah. Aku nak jogging setiap hari. Padahal sifat pemalas jogging bukan senang nak buang. Masuk pertandingan olahraga pun selalu dapat nombor 4 daripada 5. Takdelah hina sangat kan? Tapi selalu dapat nombor 3 antara 3 tu nak jadi apa? Tak payah berangan!


Pernah aku buat mulut aku yang bawah nie kedepan. Konon-konon aku nie kiut sangat bila buat cenggitu. So, nak jadikan kebiasaan. Macam mana nak jadikan kebiasaan dengan cara macam tu? Kahkah. Ini paling Bodoh.


So, bila masuk Universiti, lagi ramai orang kita jumpa.Lebih banyak ragamnya. Lebih natural. Lebih menjadi diri sendiri. Maka, aku tengok, wow, that's kinda nice even you are nobody, but that's you!


Start dari situ, biarkan aku menjadi aku. Aku tidak sempurna. Aku tidak dapat puaskan hati engkau. Kalau kau suka aku, maka kau suka sifat buruk aku.


Hasilnya? Wahh... Lebih memuaskan daripada mengubah diri sendiri menjadi orang lain. Tak payah ubah sifat diri engkau untuk kepuasan orang lain.


Kepada budak-budak baru nak up, Tak payah buat rambut macam K-pop sangat atau berlagak manja macam geng nobody nobody but chu atau berlagak Bruno Mars atau berlagak Rihanna. Benda-benda gini hanya akan buat kau ketawa pada diri kau sendiri bila kau tua kelak.


Tapi, jika diri sendiri itu dah teruk, sampai dah ramai orang tegur, berubahlah. Janganlah bodoh sangat semua nak kena ajar.


Sememangnya tak salah jika kita berusaha buang yang tidak elok untuk menjadi yang lebih baik. Nanti kawan-kawan sayang, suami sayang, emak mertua pun sayang... Teeheheehee


Berubahlah mengikut keperluan dan kearah kebaikan.



Sebab tu lah semua sayang aku (kehkehkeh)
SORRY GENG


END.

4 comments:

  1. amboi2,byk entri hari ni,hahaha

    ReplyDelete
  2. better jd diri sndiri lg bek....heee...follow sini ea:)

    ReplyDelete
  3. Titanium Tail and Hair Cutter | TITACHA®
    This hair-cutlery, durable and versatile razor is titanium framing hammer ideal titanium automatic watch for tough skin, high-friction titanium wood stove applications, titanium jewelry piercing and larger hands. Titanium Tail and Hair Cutter are titanium cerakote

    ReplyDelete