Saturday, January 8, 2011

CELOTEH : Mari cuba rasai bersama

Helo !

Hari ini saya ingin berkongsi apa yang saya rasa dan saya tidak mahu orang lain rasa apa yang saya rasa.


Tajuk tak payah nak macam, "MARI-KITA-COBA-COBA-MUNGKIN-KITA-MERASA-BENDA-YANG-SAMA" lahh kan...

Saya cukup memahami perasaan orang yang kekasih hatinya mencurangi dirinya atau kekasih hatinya ada orang lain selain dirinya atau kekasih hatinya bermesra dengan orang lain.

Saya tahu perasaan itu sungguh PERIT dan MENYAKITKAN.

Saya tahu setiap orang TIDAK MAHU DITIPU PASANGAN MEREKA.

Saya tahu setiap orang TIDAK MAHU DICURANGI PASANGAN MEREKA.

Saya tahu setiap orang TIDAK MAHU DISAKITI PASANGAN MEREKA.

Apa lagi yang kau tahu? Ok, cukuplah. (Sila merendah diri. Jangan buat-buat macam SEMUA kau tahu.)

Perasaan itu memang menyakitkan terutama buat mereka yang benar-benar mencintai kekasih mereka.
Well people, as I know how it feels, I won't do the same to other people.

Tapi, mengapa ada orang ingin merasa yang bukan-bukan mengenai saya?

Disini saya ingin menyatakan bahawa saya tidak pernah berniat untuk merampas atau TERLAJAK mesra dengan kekasih orang. Saya tidak suka orang TERLAJAK mesra dengan kekasih saya, jadi saya akan buat benda yang sama.

Saya terlalu mencintai CINTAHATI saya dan saya tidak ada NAFSU (tipu nie) terhadap orang lain yang saya pandang.

Please girl, jangan salah sangka tentang persahabatan saya dan CINTAHATI KAMU. Saya berkawan dengan semua orang dan melayani perangai semua orang mengikut keperluan - Maksudnya mengikut "kapasiti kegalakkan berkawan" lah. (kau tak faham, kau boleh skip bahagian ini)

Saya tidak menyembunyikan status saya yang saya sudah ada CINTAHATI. Malah saya sering bercerita mengenai CINTAHATI saya. Jadi, mengapa perlu saya berlagak menggoda (perkataan ini best) CINTAHATI KAMU ?


Saya ada dia, Dia ada saya.

Saya tidak mahu pasangan kamu.

Mungkin kami TERPAKSA rapat atas sebab-sebab tertentu. Jangan salah faham. I have my own life. Jangan sesakkan jiwa saya yang sedia sesak seperti traffic jam di BB pada pukul 6 petang.

Saya ulang, SAYA TIDAK SUKA ORANG MENDEKATI PASANGAN SAYA DAN SAYA TIDAK AKAN MENDEKATI PASANGAN KAMU.

Have a good day !

2 comments: