Saturday, July 16, 2011

MENIDURKAN DIRI LEBIH AWAL

Itulah akibatnya bila kau tidur lambat malam tadi. Sebenarnya aku benci bila aku bangun tengahari. Nanti mula la aku rasa macam bangang lepas tu hidup tiada haluan.

Kau nak tahu bagaimana cara untuk mengubah rutin harian supaya boleh tidur awal dan bangun awal?

1. Bila dah bangun tengahari tu, jangan tidur balik. Biar mata kau bersengkang sampai malam kelak.

2. Bangun tu, kau pergi buat kerja-kerja rumah yang memenatkan. Kau pergi buat sampai otak kau terasa berdenyut kencang, itu menandakan kau sedang aktif.

3. Kau pergi keluar jalan-jalan pun okay juga. Kau minta mak kau RM25, pergi karoke 1 bilik satu jam dekat Wangsa Walk. Dengan cara ini, otak kau akan terbuka melihat dunia daripada terperuk kat rumah. Dan jangan lupa pilih lagu dangdut atau yang rancak-rancak, dan kau perlu menari hingga berpeluh.

4. Minum air banyak-banyak supaya otak kau cergas dan segala aktiviti boleh dijalankan.

5. Petang-petang pergi Jogging. Kalau kau malas nak jogging, pergi berjalan sekitar kawasan rumah kau, buat-buat beramah mesra dengan makcik-makcik kaki lepak kat area rumah kau. Buat aktiviti ini hingga berpeluh.

6. Malam lepas habis Berita TV 3 tu, kau melantak makanan yang berat-berat, atau lebih mudah, kau makan ubat batuk 3 sudu.

7. Okay, bersedia untuk tidur! Jangan lupa minum Innershine. Supaya esok muka kau berseri.

Oh ya, jangan lupa pakai krim pemutih. Reunion kan tak lama lagi? Heh~

Baiklah, mulai esok aku akan bangun pagi.

No comments:

Post a Comment