Thursday, July 7, 2011

MALAS

Tahu tak, perasaan MALAS? Tak guna. Perasaan ini paling biadap sekali dalam hidup kerana ia mampu memporak perandakan hidup kau.

Hari ini aku janji nak susun kasut ke atas rak. Kasut bersepah yang tidak lagi boleh dimaafkan. Tapi, aku sibuk dengan urusan lain. Dimana 40% daripada urusan-urusan itu adalah tidur sampai tengahari sebenarnya. Kurang ajar punya malas. Aku kena tidur awal mulai esok.

Aku rancang nak belajar jahit baju. Kain dah beli. Beriya beli kain. Sehari lepas tahu buat baju kurung sikit-sikit, esoknya terus pergi beli kain. Hal aku belajar dari mana adalah rahsia. Lepas beli kain, tertangguh pula sehingga hampir seminggu. Jadah apa. Yang aku tak menyempat paksa mama teman pergi beli kain dekat Nagoya tu kenapa kalau nak tangguh-tangguh? Malas. Aku kena ada jadual harian sebenarnya.

Aku nak kerja. Tapi aku malas nak cari. Ini aku tak tahu jalan penyelesaiannya. Gampang.

Aku nak kulit cantik. Jadah apa nak kulit cantik tapi malas uruskan makan-tidur-rehat-minum-berak-mandi semua dengan tidak seimbang? Ini MALAS level nombor 2 sebab ia bagi impak besar pada diri sendiri.

Aku nak buat belog tapi malas nak sign in. Cerita dah ada tapi malas nak copy and paste. Ini pun Malas versi biadap juga.

Tapi malas level yang paling gampang dan biadap dan menempah maut adalah, malas kencing.  Sampai pundi kencing terasa nak meletup baru sibuk nak lari-lari pergi toilet. Paling teruk bila terkencing sikit kat dalam seluar. BIADAPBIADAPBIADAP.

AKU KENA BERUBAH !!!

6 comments:

  1. bingai tol tang tekencing sikit dlm seluar tu. biadap ! haha :D

    ReplyDelete
  2. hahaha.. len kali biar bocor terus pundi kencing tu.. xpayah susah nk berlari ke toilet.

    saya juga malas! :)

    ReplyDelete
  3. Farihan Idris : Tu lah pasalnye kannn haha

    ReplyDelete
  4. apa yang ko tulis pasal diri ko nie benar2 diri ko kan..?? hahahaha...

    ReplyDelete
  5. hahaha pemalas macam kau lah Ken Shiro! haha

    ReplyDelete