Sunday, July 10, 2011

KATAK

Semalam abang aku bawak balik katak. Bukan seekor tapi banyak ekor. Aku tak tahu sebab aku takut binatang so aku taknak tengok. Paling aku menyirap bila dia masukkan katak-katak itu kedalam tempat letak makanan milik Mama.TEMPAT LETAK MAKANAN.

Cantik lagi, depan tu tulis PICNIC BOX. Kepala hotak kau ingat nak pergi picnic, buka-buka makan katak. -_-

Nak buat memancing katanya. Makanya aku berfikir, dari mana datangnya hobi dia nie. Lantak kau lah. Dia pun meletakkannya didalam bilik air.

Malam itu aku meng-online sehingga mata aku parah. Macam nak terkeluar biji mata aku menghadap komputer. BIADAP. Aku kena pakai spek mata hitam bila nak berkomputer agaknya.

Lepas tu aku teringatlah henpon aku tak di ambil peduli langsung sejak 4 jam yang lalu. Aku nak pergi masuk bilik, tiba-tiba aku tengok ada seekor katak berdiri tercanak di hadapan bilik air. BIADAP. Macam mana aku nak panggil abang aku yang sedang tidur didalam bilik nie?

APITTT, APIITTTT!!! APIITTT!!! Mampos tak layan dah pukul 4 pagi aku jerit-jerit macam orang nampak hantu. Sebelum katak tu melompat lebih jauh baik aku jerit je.

Lalu abang aku pun keluar dari bilik dan aku suruh dia simpan elok-elok dalam toilet.

Makanya mulut kepochi aku nie mana boleh diam sahaja. Esoknya aku ceritakan kepada ibubapa.

AKU     : "Mama, semalamkan katak Apit keluar dari bilik air."

MAMA : "Yeke? Bila masa Apit bawak balik katak?" (AKU BERSABAR SEBAB MAMA TAK TAHU)

AKU     : "Mama nie, orang dah kecoh semalam tu apa. Malam tadi kan, katak-katak tu keluar dari bilik air, Nana tengok dah terkeluar dah sekor."

MAMA : "Lah! Dah sampai mana?"

AKU     : "Dah kat depan bilik air tu, nasib baik tak terpijak! Dia berdiri kat depan bilik air tu diammm je."

MAMA : "Laa, yeke? Lepas tu macam mana?"

AKU     : "Nana jerit laa suruh Apit ambil balik. Apit berani Ma! Dia pegang katak-katak tu bawak masuk bilik air selamba je!"

MAMA : "Oh, yeke."

--------------------------------------- 5 MINIT KEMUDIAN ---------------------------------------------

MAMA : "Nana, katak tu berdiri ke duduk?"

AKU     : -_- Yela, duduk... Bye.

Benda nie pun nak jadi isu. Aku citer benda lain, benda lain yang Mama highlight. Ok bye.

4 comments: