Wednesday, November 9, 2011

SETAHUN

Setahun Sofiya lupa melupakan kejadian yang membuatkan hatinya remuk.
Setahun Sofiya cuba memaafkan sang kekasih.
Setahun Sofiya menyesali perbuatannya.

Apa terjadi selepas SETAHUN? Bukan genap 365 hari malahan lebih dari itu. Hampir 400 hari !

400 hari x 24 jam = 9600 minit atau 576 000 saat.

Setiap detik yang berlalu, dia menyesali apa yang terjadi malahan setiap detik ini dia berusaha untuk melupakan kisah yang lalu itu.

Sofiya tahu dia telah berdosa. Tetapi adakah taubat yang dilakukannya tidak diterima? Tidak, Sofiya percaya Allah Maha Pengampun.

Hampir setiap saat apabila mengenangkan kisah lalu, Sofiya pasti akan mengairkan air matanya. PASTI !
Betapa sukarnya untuk dia padam kenangan yang lalu. Tetapi dia yakin, dia boleh jadi yang terbaik untuk kekasihnya. Dia akan berusaha membuktikan cinta dia yang sebenar.

Tetapi mengapa masih sukar untuk kekasihnya berubah?
Sofiya menjatuhkan keegoannya demi untuk hidup bahagia bersama kekasih dihari yang mendatang.

Ya! Jika sebelum ini, Sofiya lah yang paling ego dalam percintaan. Dialah yang paling kuat merajuk, kuat meragam.

Tetapi kini dia sudah berubah. Sofiya sedar, dia berubah setelah kekasih menjadi tawar hati dengannya. Dia turut merasa kesal. Namun, dia tidak putus-putus melahirkan rasa berdosa dan memohon keampunan kekasihnya.

Sungguhpun kekasihnya memaafkannya, dan hidup kembali bahagia, setiap hari Sofiya berusaha menjaga hubungan dan hati kekasihnya. Tidak mahu lagi pergaduhan atau kebencian wujud dalam hati kekasihnya.

Namun, kekasihnya seperti sukar untuk berubah...
Sepertinya, kekasih itu yang kian menjadi Ego.
Menjadi degil dan jarang menghiraukan perasaan Sofiya seperti dahulu sebelum kejadian itu.

Sofiya terima kesilapannya. Tetapi adakah peluang untuk dia lagi walaupun Setahun menunggu tetapi keadaan masih sama seperti setahun yang lalu?


Hanya Allah Yang Tahu.

No comments:

Post a Comment