Tuesday, November 22, 2011

Perempuan

Perempuan nie ada macam-macam jenis. Yang engkau nampak dekat luar dari rumah itu adalah perempuan yang cantik, wangi dan bersih.

Dorang lah yang paling cun, dorang nak jadi lebih cantik daripada perempuan lain. Dorang nak jadi lebih hebat dari wanita lain, tak kurang juga, dorang lah manusia yang paling pandai menguruskan segalanya dalam hidup.

Dorang lah wanita yang paling pandai mekap, paling pandai jaga kecantikan. Siapa nak tahu apa-apa tentang kecantikan, pergi tanya dorang.

Konon-konon nak buat pakwe dorang rasa dorang adalah wanita yang tepat untuk dijadikan pilihan hati di pujangga.

HIDUP TIDAK SELALUNYA INDAH WOI.

Engkau pergi masuk rumah perempuan bujang. Dalam 10 buah rumah yang dipilih secara rawak di sekitar kawasan Shah Alam Seksyen 7, termasuk kawasan komersial. Aku yakin hanya 4 buah rumah yang dijaga bersih seperti Emak engkau jaga rumah engkau. Tapi kalau Emak engkau pemalas dan pengotor, maka, Emak engkau sama macam perempuan yang aku kata ini. Nasib engkau lah.

Nak dijadikan cerita, ada seekor perempuan nie punyalah "bersih". Baju-baju dah kotor letak dalam bekas baju kotor. Esok punya baju pun diletak di tempat yang sama. Konon-konon bersih pada hari Isnin - awal minggu.

Engkau tunggu di hari Khamis minggu yang sama. Masa tu baju semua dah habis. Dah guna untuk kelas, dah guna untuk dating, dah guna untuk keluar buat assignment.

Masa tu, dia akan seluk tangan masuk ke dalam bekas baju kotor itu dan ambil mana-mana baju hari yang lalu yang konon-konon masih okay lagi. Lepas tu pakai dan sembur perfume. Wah! Memang mereka bijak menguruskan diri mereka. Dah macam lelaki bujang punya perangai.

Lepas tu, kau akan nampak dorang berlagak. "I tak sukalah jenama tu." "I tak mainlah jenama murah-murah nie." "Eh, taknak lah makan dekat kedai tepi-tepi jalan, kotorlah you." "Eii, busuklah lelaki tu."

Lepas tu engkau tengok semua pegang Blackberry. Padahal beli pakai duit pakwe. Beli pakai duit emak bapak yang bekerja tidak seberapa. Gaya berlagak tapi duit sendiri tak terurus.

Lepas tu engkau tengok ada perempuan nie nak pakai seksi-seksi, konon-konon dorang paling HOT di pasaraya.

Bila angkat tangan, bulu ketiak tak cukur. Lagi mau kata orang lain kotor. Dah tahu nak tunjuk ketiak, pergi lah shave bagai dulu. Tak tahu lah kalau bulu ketiak itu lambang HOT seekor wanita.

Lepas tu, "Aww, gatal lah dekat sini. Rumah nie banyak nyamuk lah." Padahal bila angkat seluar, kaki banyak kurap. Kaki banyak parut. Tak berusaha nak bagi kaki cantik pun, tapi ada hati nak jadi perunding kecantikan dikalangan rakan-rakan. Pergi beli Bio Oil dulu baru cakap pandai woi.

Perunding kecantikan dah satu hal. Hal tak pandai masak lagi pemberi masalah juga. Dah la tak reti masak. Lagi mau berlagak macam pandai masak. Semata-mata nak orang anggap dia SI CANTIK YANG PANDAI MASAK.

Lepas tu, sampah dalam rumah dah seminggu sampai berulat baru reti nak buang. Sambil berbunyi, "Euuwww... I gelilahhhh..."

Ahh, wanita ini banyak yang hipokrit.



AKU DOAKAN ENGKAU DAPAT WANITA YANG JUJUR DAN IKHLAS DALAM SETIAP PERBUATANNYA.

Amin.

5 comments:

  1. hohoho..luahan hati yang bagus.. :)

    ReplyDelete
  2. Lepas tu engkau tengok semua pegang Blackberry. Padahal beli pakai duit pakwe. Beli pakai duit emak bapak yang bekerja tidak seberapa. Gaya berlagak tapi duit sendiri tak terurus.

    Lepas tu engkau tengok ada perempuan nie nak pakai seksi-seksi, konon-konon dorang paling HOT di pasaraya.

    ReplyDelete
  3. agreed!!!! xsuke xsuke... hhahahaha

    ReplyDelete