Tuesday, November 29, 2011

Happy 2 Years and 6 Months Anniversary

Hari ini genap 2 Tahun 6 Bulan percintaan aku dengan Iqbal.

Sepanjang bersama, biasalah we went ups and downs. Kalau tengah mood baik tu, mulalah macam orang baru kahwin setiap hari. Bukan main bahagia. Romantik gitu. Konon-konon baru tadi kawen.

Tapi bila datang time down, memang mood masing-masing jadi down. Memang gampang. Aku benci. Bila gaduh zaman dulu-dulu time "aku-tak-berapa-cinta-kamu" tu, memang pergi mampos. Iqbal bagi ayat tacing pun aku tak kisah. Kahkah. DULU LAH ! Tapi sekarang, memang dia berjaya buka pintu hati. Kahkah. JIWANG.

Makin lama, biasalah. Allah menguji hambaNya untuk membuatkan hambaNya dekat kepadaNya. Hubungan ini juga biasa diuji. Ahh, penat juga melayan dugaan itu. Sakit hati sangat-sangat. Kau orang takkan percaya jika aku cerita dan kau orang tidak akan percaya apa pengorbanan yang aku dah buat. Cewah, konon-konon cerita nie macam kena kawen paksa oleh orang tua tetapi lari dari rumah. Kahkah. Dah laa. Itu hal aku dan Iqbal. Biarlah  Allah sahaja yang tahu.

Tak payah kata aku nie baik sangat. Malas nak cerita, Iqbal pun banyak berkorban untuk aku. Ya, banyak sebenarnya. Hmm, sebab tu aku sayang dia. Hehehe.

Di zaman kejahatan aku yang lalu (konon-konon macam zaman sebelum Masihi - zaman Firaun? Erkk!), Iqbal masih bersama dan percaya aku akan berubah untuk dia. Ya, betul. Sekarang aku sudah berubah. Demi dia, dan demi masa depan. Ada baiknya juga perubahan itu.

Sebab itu, jika budak Ikebal nie buat masalah, aku sabar. Walaupun aku menangis bersedih, aku minta pada Allah supaya kuatkan hati aku. Jangan biarkan aku give up. Sebab aku pun yakin dia boleh berubah demi aku, dan masa depan kiteorang.

Well, kekuatan seseorang harus ada batasnya. Allah sahaja yang Maha Berkuasa. Aku redha jika takdir tidak menjodohkan kami. Walaupun aku percaya aku akan frust menonggeng tahap gaban. Takpe, aku redha. TAPI SEBENARNYA TAKNAK BERPISAH. Boleh tak? Hukhuk. Amin Ya Rabbal Alamin.

Dugaan yang kuat tu memang pedih laa bila nak ingatkan balik. Tapi dengan kuasa Allah, kiteorang masih bersama for almost 3 years. Pada aku 3 tahun itu sudah agak lama la. Kalau orang kawen, dah ada anak 2 orang. Tapi kalau kembar 2, dan 2 kali beranak, dah ada 4 ekor jugalah.

Dalam percintaan kalau asyik bahagia, kau takkan kenal hati budi pasangan engkau. Maka, dalam percintaan kiteorang pun, macam gampang jugalah pelbagai perkara terjadi bikin hati gua panas.

Biasalah, hidup tidak selalunya indah. Bila makin besar, perangai makin menjadi-jadi. Kes dah pandai menjeling perempuan sekeliling satu hal juga. Bab mata memang aku takleh control. Kadang-kadang aku menyirap darah rasa macam nak cungkil biji mata dia. Biar mata dia asyik pandang aku aje. Kahkah.

Aku faham, dia tiada niat apa-apa pun. YE. AKU HARAP BEGITULAH.

Well sayang, If you read this, I would like to let you know that I always love you and this love is always growing in my heart. Day by day. It can't be denied any more as the feeling has become TOO MUCH. If whatever happens between us, I hope we can be matured in solving it. We are big enough. It is not the time to play around any longer. If they were already happened, we need to take it as something that should NEVER be repeated again in the future. I hate fighting because you know I am not strong as before. I am such a weaker recently! I could fall whenever I can't stand. I could die if the sickness hard to be faded away from me. Ouch, too bad of me. Too bad because I am soooo in love with you.

Kalau engkau tak faham ayat bahasa London ini, atau konon-konon Si Pakwe - si IKEBAL itu tidak faham, gunalah Google Translate (G.T). Dan kau akan faham kerana G.T banyak membantu para pelajar yang tak faham bahasa London. Nah ini peralihan bahasa yang si Encik G.T ini sudah tolong berdasarkan ayat di atas,

Well sayang, Jika anda membaca ini, saya ingin untuk membiarkan anda tahu bahawa saya sentiasa menyayangi anda dan kasih sayang ini sentiasa berkembang di dalam hati saya. Hari demi hari. Ia tidak boleh dinafikan lagi kerana perasaan itu telah menjadi terlalu banyak. Jika apa-apa yang berlaku antara kami, saya berharap kita boleh matang dalam menyelesaikan. Kami adalah cukup besar. Ia bukan masanya untuk bermain-main apa-apa lagi. Jika mereka sudah berlaku, kita perlu mengambil ia sebagai sesuatu yang TIDAK perlu diulangi lagi pada masa akan datang. Aku benci berjuang kerana anda tahu saya tidak kuat seperti sebelum ini. Saya yang lemah baru-baru ini! Saya boleh jatuh bila-bila masa saya tidak boleh berdiri.Saya boleh mati jika penyakit yang sukar untuk pudar jauh daripada saya. Aduh, terlalu buruk saya. Terlalu buruk kerana saya soooo cinta dengan anda.

"TERLALU BURUK SAYA" -_-

Kesimpulannya, Si budak Ikebal nie memang senang nak jaga sebenarnya. Dia punya ego tu taklah hebat mana jika dibandingkan dengan kisah cinta kawan-kawan aku yang lain. Alhamdulillah dia dapat faham aku dan aku perlu faham dia. Well, so far~

Aku harap tiada apa yang boleh ganggu hubungan kiteorang. Penat bodoh asyik bertekak hal yang sama.

And sayang, please do something. Please change to a better person as I have changed for you. I believe, if you love me, you can do it. :)


I APPRECIATE YOUR EXISTENCE IN MY LIFE.


HAPPY 2 YEARS 6 MONTHS ANNIVERSARY,
MUHAMAD IQBAL ROSLI

:)

- I love you -







No comments:

Post a Comment