Tuesday, May 17, 2011

HAPPY MOTHER'S DAY WANITA

Hai semua! Entry saya kali ini adalah berkenaan dengan WANITA.Anda pasti pelik, apa yang saya nak cerita tentang manusia bergelar 'wanita' ini kan? Apa sangat yang istimewanya wanita ini berbanding lelaki kan?

Wanita ni dah la cepat touching, sikit-sikit nak sedih, merajuk, mengada, tarik perhatian, mengomel, dan macam-macam hal laa wanita nie! Baik yang tua mahupun yang muda.

Tapi, jika anda amati aktiviti wanita nie, mereka sebenarnya adalah manusia 'luar biasa', I must say. ;)

Bukan kerana saya wanita. Tetapi kerana Mama saya adalah wanita. Tak tahu lah pulak kalau mak kau Lelaki kan.

Wanita nie sering mencari kesempurnaan di dalam rumahtangga. IBU. Mereka yang akan bangun pagi sediakan makan minum keluarga, kejut anak-anak pergi sekolah, kejut suami nak pergi kerja. Demi kesempurnaan keluarga, ada yang sanggup tak kerja, asalkan dapat jaga rumah dan tangga.

(Tapi Mama saya tidak. Mama saya kejut bangun tidur untuk ke sekolah. Kalau tak larat, mama tak paksa pun. Kami berkata, "Mama, tak larat lah bangun pergi sekolah." Mama pun jawab, "Okay, tidurlah. Esok pergi sekolah tau." Cool kan? Yes, she is.)

Kembali kepada WANITA.
Mereka yang memasak, mengemas, basuh kain (walaupun hanya start washing machine) tapi nak letak detergent dulu, lepas beberapa ketika, nak tuang Softland pulak! Lepas tu pergi menjemur kain, melipat kain, menyimpan kain, gosok kain, membasuh pinggan mangkuk, dan macam-macam hal lagi.

Pada hari raya pula, mereka yang sibuk fikirkan soal langsuir langsir perlu ditukar, baju raya anak-anak warna apa, dah gosok baju raya ke belum, butang baju melayu dekat mana, blablabla. Banyaknyerrrrrrrrr wanita nie menyebok kan? Banyak kerja yang melibatkan wanita kan?

Saya pun tak tahu nak gambarkan macam mana lagi tentang wanita ini. Saya harap kamu semua melihat apa yang ibu, makcik, kakak, nenek, dan SEMUA WANITA lakukan.

Jadi, kita sebagai anak-anak dan anda sang suami, sang lelaki, sang kancil, jangnlah biar mereka penat dan menanggung kerja itu sendirian. Tolonglah mereka. Walaupun dengan hanya menjemur kain.

Tak kesian ke? Mereka tu wanita. Mereka yang mengandungkan atau akan mengandungkan anak-anak kamu kelak. Wanita tempat kamu bermanja. Tempat untuk anak-anak kamu bermanja jika kamu ke tempat kerja.

Walaupun wanita yang anda miliki bukanlah mereka yang di dalam impian anda selama ini. Mereka tidak secantik yang anda harapkan, mereka tidak tinggi si kaki zirafah, mereka tidak gebu seperti Siti Nurhaliza lepas kawin dengan Datuk K, tidak semanis Juliana Evans, tidak secomel I want nobody nobody but you atau apa sahaja yang tidak menepati citarasa anda, janganlah dibenci wanita ini, kerana anda juga perlu sedar betapa mulia hati mereka menerima anda yang tidak sekacak Rosyam Nor, Jamal Abdillah, Saiful Apek mahupun si Baby Face Sathiya, atau juga semanis Pak Uda Pi Mai Pi Mai Tang Tu.

Walau sesibuk mana pun wanita ini, walaupun mereka terikat dengan komitmen di tempat kerja sekalipun, mereka pasti akan memikirkan rumah dan tangga. Anak-anak dan suami.

Maka, berilah mereka perhatian dan kasih sayang seperti yang mereka harapkan. Jangan dimarahi mereka ini kerana mereka insan yang lembut hatinya. Tegurlah dengan kasih sayang. Tegurlah dengan penuh rasa cinta.

Firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 125 bermaksud :

“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik.”


Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mengingatkan bahawa sesuatu kebenaran itu perlu dinyatakan biarpun pahit dan baginda juga menegaskan,

‘‘Siapa sahaja di antara kalian yang melihat kemungkaran, maka tegurlah dengan tangannya (kekuasaannya). Jika tidak mampu, maka tegurlah dengan lisannya. Jika tidak mampu juga, maka tegurlah dengan hati. Namun, ini adalah keimanan paling lemah.”
  
Jadi sedarlah wahai lelaki yang tak pernah atau belum atau terlupa mengasihi wanita mereka, hargailah mereka selagi mereka ada kerana mereka lah yang telah berusaha melengkapkan hidup anda dengan sentiasa memikirkan anda.

Jangan biarkan diri anda dikuasai sifat ego yang tinggi dan jangan sekali-kali anda abaikan mereka.


I LOVE YOU MAMA

I LOVE YOU MORE

 
I LOVE YOU FOREVER
p/s : Happy Mother's Day and ILOVEYOU Mama! ;)

4 comments: