Monday, May 16, 2011

Jangan lupa tutup tingkap !

Berjalan-jalan di Kuala Lumpur memang sedap kan? Dapat melihat cahaya lampu yang banyak di jalan raya, bangunan-bangunan yang tinggi berlampu cantik, berwarna-warni. (Bayangkan ada bunyi orang main seksafon berbunyi lagu My Heart Will Go on -Titanic).

Kalau berjalan ditengah malam lagi sedap bila memandu dengan perlahan, memandu di highway Kuala Lumpur sambil melihat-lihat mungkin ada Keluang Man keluar mencari orang susah. Mungkin Batman atau Superman, kan?

Lepas tu sedapnya, bila dapat makan nasi lemak Kg. Baru sampai minum air sejuk atau pun air teh tarik yang panas-panas. Ouhh~ Menawan hatiku untuk memiliki kehidupan yang tenang dan aman damai sebegini.

Kita hidup sendiri, tak kacau orang, buat aktiviti sendiri dengan orang yang terdekat. (Ayat nie untuk mereka yang orang tersayang jauh di mata).

Lagi sedap bila berjalan di Kuala Lumpur bukak tingkap menghirup udara nyaman Kuala Lumpur. Time-time malam macam nie, takde dah lori-lori Construction menyemak kat jalan raya. Udara pun fresh gitu. Bukak tingkap boleh hisap rokok sambil buang je kat mana-mana atas jalan raya yang kau suka.

Tak dapat nasi lemak Kg. Baru, kita pergi Restoran Saba' - Restoran Arab dekat area LRT Setiawangsa, sambil melihat awek-awek dan pakwe-pakwe bajet kacak dan "up-to-date" di sini sambil bershisha dengan gembira ketawa kuat-kuat.

Untuk ke Restoran ini, parking kena pandai. Kalau parking dekat dataran dia, kena bayar RM3, ada orang tolong tunjuk mana nak fucking parking dengan betul walaupun akan parking blocking kereta orang.

Kalau nak save duit macam adik aku, kita parking kat bawah tanah, RM1, sejam. Cukuplah untuk makan sahaja dan parking yang luas dan selamat.

Lepas tu, kita pun jadi awek-awek dan pakwe-pakwe yang bajet kacak dan up-to-date macam budak-budak bandar tu. Boleh hisap shisha. Boleh merokok sambil pakai baju nampak ketiak ada bulu kecil. Tak salah pun. Tak kacau orang pun!

Tapi, kalau iye pun nak pergi makan dan hidup bebas tanpa mengganggu orang, Janganlah pula kita biar ORANG YANG KACAU KITA.

Eh, tiba-tiba dah tak romantik dah cerita saya!

KENAPA? KENAPA?

Sebabnya,


KAU TINGGALKAN KERETA KAU DENGAN TINGKAP TERBUKA BESAR NAK BAGI MASUK MAK BAPAK TIKUS, MAK BAPAK PENCURI PUN BOLEH.

Kau tak kacau orang, tapi orang akan kacau kau.
Hidup kau dah tenang tapi kau pemurah bagi orang peluang memasuki kereta kau untuk pandu uji ke apa nie? Jangan bangang sangat DOL. Kau nak cepat macam mana pun, check lah dulu kereta kau tu macam mana.
Tempat dah la bawak tanah, sunyi juga lah walaupun penuh bercahaya.

Ish, ish, ish.

Tak nampak ? Scroll down, view the next image.

Hai pencuri, JEMPUT MASUK !

p/s : Lain kali jangan buat lagu ye anakku (Sambil usap-usap kepala si bangang).

No comments:

Post a Comment