Monday, May 16, 2011

FINAL EXAMS

Apa ntah yang saya nak cerita pasal Final Exam? Hurm… Sebenarnya, ini adalah cerita mengenai exam saya semester ini. A little bit different than last sem.

Kalau last semester, saya tidaklah rajin ke kelas. Tetapi semangat dan keazaman itu ada.

Sebenarnya, masa tamat Diploma in Investment Analysis di UiTM Segamat, kawan-kawan saya (geng ar nie) memang tak nak sambung study. Siap ada yang tak apply, dan ada juga yang terpaksa repeat paper BOND. Yes, paper bond memang susah. Ok benda dah lepas, usah dikenang.

Saya dah cakap pada Mama, memang malas gila nak sambung study sebab dah boring gila belajar tak henti-henti dari usia 3 tahun. Haha. Gelabah gila statement.

Saya nak kerja pula sebab saya dah banyak habiskan duit Mama dan Ayah. TERLALU BANYAK. Saya tak suka hidup dalam bergantung nasib pada orang. Oh, that’s really NOT ME !

Tetapi bila mendapat tawaran, Mama tanya, “Taknak pergi ke?” Sebenarnya bukan duit puncanya. Kalau dah takde semangat, anak orang kaya pun malas nak study kan.

Contohnya bila kau makan durian. Kau nak sangat makan durian dari dulu-dulu zaman muda remaja. Bila dah dapat makan durian campur tempoyak, sampai satu tahap kau pasti akan bosan. Itulah yang saya alami. Dari kecik saya yang paling tak sabar nak pergi Tadika. Tadika Sri Kancil namanya. Bangun pukul 6am sebab nak ikut Abang pergi sekolah. Tapi prestasi kat sekolah tak memberangsangkan sangat pong~

Jadi, untuk tidak mensia-siakan masa dan depan, saya tabah. Saya terima tawaran itu dan mencari rumah sewa di Shah Alam 3 hari sebelum kelas bermula! Huh~ mana nak dapat? Akhirnya, dapat rumah flat tingkat 5, kosong (takde furnished langsung).

Dengan penat nak panjat tangga, balik rumah takde ape selain bilik tidur sendiri, saya relax je. Cuma bosan dan tiada internet. Semester itu saya lalui dengan tabah. Sampai sakit dan terlebih kurus saya panjat tangga! Dah la memang dah kurus, terus jadi Orang Lidi.

Minggu exam tu, saya ada masalah sikit. Bukan sikit, tapi banyak. Semua tak kena. Emosi dan pelajaran berterabur. Oh, saya kena balik rumah!

Saya memang belajar di rumah. Saya tak biasa belajar ramai-ramai. Sebab dari sekolah, Diploma, semua belajar sendiri sebab saya nak faham sendiri dulu.

Grangg Grungg Grangg, saya berjaya juga menamatkan zaman semester 3 dengan sempurna dan Alhamdulillah, saya berjaya mendapat Anugerah Dekan. Dah lama mengimpikan. Allah makbulkan juga permintaan saya.

Maklumlah, orang macam saya nie kan kuat main...




Girls 3 L - From left Shaf, Dzatil, Farahin, Anisi Yaofang, and I.


 **********

Dan kini sudah pun memasuki semester 4. Rumah pun dah pindah tingkat 1. Masuk rumah budak-budak Law. Baik budak-budaknya. Dari Utara, Selatan, Timur, Barat, Barat Daya, Tenggiri, semua ada. Tapi dorang memang baik. Setiap hari buka buku belajar.

Saya dan seorang lagi kawan saya? Balik kelas tidur. Padahal rumah dah tak penat nak panjat dah. Fully-furnished lagi. Mungkin juga sebab semester 4 lebih tough dimana saya mula ada subjek kira-kira L
Saya sebenarnya agak lemah dalam subjek mengira. Sedih kan? Huk huk huk

Tambah-tambah lagi economy. Permulaan exam okay lah. Semua okay – maksudnya saya puas hati dengan apa yang saya usahakan. Tapi untuk subjek Economy….. Doakan saya berjaya dengan baik ya! Nak Anugerah Dekan lagi… Hurm, lulus pun saya bersyukur lah. “Tolonglah aku Ya Allah!

Nak nangis juga time habis exam tu. Sebab sedih sangat. Usaha banyak-banyak, jawabnya salah juga. Sedih gilaaaaa! Tapi, seorang kawan membuka mata saya dengan mengatakan, “Relax Nana. Managerial Economics ini bukan pengakhir segala-galanya.” Ye betul.

Saya perlu bertawakal. AMIN.

Apa-apa pun, saya harap saya dapat result the best lagi… AMIN.


Dengan Mama si Jantung Hati ;)

Dalam kelas - presentation ;)

Ok, terlajak bergambar pun susah juga! OK BYE.


p/s : Nak sangat ANUGERAH NAIB CANSELOR. ;)

Swindler. Are they your friend? GOOD LUCK !

Stop talking nonsense! Stupid girl with a stupid trick! Haha. Don’t you ever  think that I am stupid. I am big enough to notice your trick. Don’t cheat people when you actually not know how to do it.

Cheating is something that you have to be aware of! Some people will NEVER forgive you for all your wrongdoings. But if you are lucky, they will easily forgive and forget.

One of my friends tries to lie to me with her “best-serious-fucking-face” after she got caught of using my thing without my permission. However, Allah almighty knows everything and He wants to show me your foolishness.

I am not going to tell others the details about this story. It’s about us and Allah. Luckily you have me as your friend. I forgive you, babe.

I repeat, also to those readers out there, If you are not good in swindling,


DO NOT SWINDLE !


p/s : Unless if you have a good trick to cover up your con.

Have a good day people ! ;)

This is for you, SWINDLER ! Pity you~

Kawasan TIADA LINE TELEFON ?

Aku mula risau bila tempat Biro Tata Negara (BTN) yang Muhamad Iqbal Rosli pergi tiada line Handphone. Kalau apa-apa terjadi macam mana?
Malaysia, tolonglah berikan sedikit pembangunan kepada masyarakat di luar bandar, kasihani mereka. Saya tahu kerajaan sedang berusaha membangunkan negara, tetapi tolong jangan ignore mereka yang diluar bandar. Kasihan kan?
OK BYE.
p/s : Kalau orang dalam kesusahan, macam mana nak minta tolong orang kalau line telefon pun tiada.

Tamparan Anak Kecil

Ok! Hari ini kita mulakan dengan cerita kelakar lah yer. Cerita adik sedara saya mengejutkan saya bangun tidur.

Ok, pada hari jadi saya yang ke-22, saya kebosanan. Lalu saya hanya online sepanjang hari, termasuklah bersambung online di rumah nenek saya kerana esoknya Mak Su saya akan bertunang. Sampai pukul 4 pagi saya sibuk beronline Facebook. Pergh! Apa ntah yang saya buat.

Sempat main tangkap-tangkap gambar guna “Crystal Eye” laptop Acer adik saya nie lagi. Tak bleh blah, main tangkap-tangkap gambar, gedik-gedik, gelenyar, dengan Mama. Saya ulang, MAMA, IBU, BONDA, Mommy, Mother… Ok dah. Jangan over.

Esok paginya, semua orang sedang sibuk mempersiapkan benda-benda (apa ntah). Lalu, adik sedara saya naik tingkat atas – ala-ala loteng yang di buat bilik, tempat saya dan Mama tidur. Semestinya, Mama sudah bangun awal lagi. Saya? Tidur lah apa lagi. Adik sedara saya bernama Anis dan Sheera. 7 tahun dan 5 tahun.
Dia naik dan kata, “Kak Nana, Kak Nana, Ummi (ibu dia) kata bangun cepat. Kalau tak bangun, Ummi lempang Kakak Nana macam nie…” Pangg! Dia lempang muka saya!

Tanpa rasa sabar, saya jerit, “Pergi turuuunnnnlaaahhhh!!!!!”
Rasa nak tendang bontot dorang pun ada. Takpe takpe. Tahan, tahan! Cepat-cepat mereka lari turun bawah.

Tiba-tiba saya ketawa melihat keadaan itu. Ketawa? Kepalahotakkauakunakketawabuatapa.SHIT.

Bila cerita dekat Mama, Mama ketawa dan cerita pada Ummi budak tu. Ummi dia pun ketawa.

OK FINE. AKU TAK CUKUP TIDUR.

Have a good day people ! ;)

Blur, pakai front camera. hihi.

HELLO BACK YA !


Hi Friends!
 
Sorry for the late update! I won’t give the same reason of being late – Busy. It’s not about busy any longer. It’s about – laziness. Am I so sluggish lately? Uhh, stop it! I don’t want to let it be my natural personality. Ok, ok! I will keep posting every month. This is not a promise though!  In a very soon, I want to be better than before. There nothing unworkable if we want to transform. Hey people! At least I have anticipated of shifting rather than zilch. Don’t talks shit about people’s outlook! And well, at least they have their own achievement in life.


PEACE YO ~

Monday, January 10, 2011

CELOTEH : Launching my new blog !

Assalammualaikum !

Pada 11/01/2011 saya akan memberitahu kawan-kawan link blog saya. HAHA.
Poyo je nak launching. Ada kek, belon, dan potong reben lah konon-konon nya. Ala, bagi chance lah! ;P

Sebenarnya ingat nak start pada 1/1/2011 tapi time itu internet tidak stabil dan saya agak busy. Nak kumpul cerita sebenarnya.


Okay! Selamat menjadi follower saya. Insya'allah saya akan rajin update. Kalau saya berfikir dan otak bergerak, baru saya boleh post. HEHE.

Semoga anda semua boleh memberikan feedback yang baik supaya saya boleh menghasilkan blog yang lebih menarik untuk bacaan umum.

Terima Kasih kawan-kawan !







BAGI BUNGA LAH ORANG LAUNCHING NIE. HAHA.


Have a good day !

CELOTEH : Disakiti dalam diam

Helo !

Saya nak share perasaan saya. :( Emosi sedikit nie.

Malam tadi seorang teman menelefon saya.

Dia kata, "Nana aku minta maaf kat kau. Aku banyak kacau kau, aku banyak buat dosa dengan kau."

Saya pun kata, "Lah, takde pape lah. Relax lah. Kita kan kawan. Kalau ada aku sakit hati pun, dah lama aku maafkan kau."

Lalu dia pun berkata, "Takde laa, aku minta maaf sangat-sangat nie. Aku janji lepas nie aku takkan ganggu kau lagi. Aku tak nak sakitkan hati kau lagi."

Saya pun pelik dan berkata, "Kau nie kenapa? Saja nak berjiwang kan? Shit lah kau nie. Ceritalah!"

Dia berkata, "Takde pape lah. Aku minta maaf. Aku dah tak nak kacau orang lagi. Aku dah macam... Hurmm, takde papelah. Kau boleh janji sesuatu dengan aku tak?"

Saya sudah mula muak dan hanya berkata, "Kau nak aku janji apa?"

Dia kata,"Kau janji dengan aku yang kau akan delete nombor aku lepas letak telefon nie. Kau takkan cari aku lagi dan kau jangan kawan dengan aku lagi."

Saya menjadi marah secara tiba-tiba dan saya berkata, "Kalau kau cerita kat aku apa masalah kau boleh tak? Aku memang marah lah kalau tiba-tiba nak perangai macam nie! Apa masalah kau nie sebenarnya?" Masa nie dah menahan rasa marah sebab terasa kasihan pula. Tak sampai hati nak marah orang yang dalam masalah.

Kemudian dia berkata, "Takde pape lah. Aku macam dah give up sikit lah... Takpelah. Kau jangan risau pasal aku. Bye. Good night."

Saya dah malas nak layan. Sebab bukan sekali ini dia kata macam itu. Selalu nak emosi tak tentu pasal. Saya cuma berkata, "Kau dah sakitkan hati aku. Kau kalau dah tak nak kawan aku, kau takyah greet aku GOOD NIGHT."

Kemudian dia letak phone. Saya hanya mampu beristighfar menahan sabar. Yelah, mungkin dia dalam masalah. Tapi saya rasa dia ada masalah sendiri dan bercakap menurut perasaan sahaja. Saya kenal dia dan dia memang pernah buat begitu.

Lima minit kemudian, dia hantar mesej, "Thanks for once being my friend. It was a precious moment knowing a friend like you. Aku minta maaf. Kau jaga diri baik-baik ya."

Saya balas pula, "Kau ingat dengan minta maaf kat orang macam tu, kau akan tenang sedangkan kau dah buat orang susah hati dan tidak senang? I am far away from you and I won't know anything about you except if you tell me. Don't be childish."

Kemudian, dia berkata, "Aku minta maaf. Aku cuma dah malas nak fikir macam-macam. Aku rasa macam dah give up dah."

Saya membalas, "Semoga Allah sentiasa merahmati kau."

Dia balas, "Kau juga. Jaga diri baik-baik."

Saya dah malas nak cakap banyak. Saya mahu dia fikir sendiri. Lalu saya pun membalas, "Sesungguhnya Allah tak suka orang yang berputus asa. BYE"

Dia tidak balas lagi. Saya pun diam sahaja lah. Kalau dipaksa-paksa pun, dia tidak mahu cerita. Apa yang saya ingin sampaikan disini adalah, jika awak ada masalah, janganlah mencari perhatian sebegitu. Saya pernah ada seorang rakan seperti ini. Bila ada masalah, mulalah meracau sana sini.

Please people! Don't be childish.
Kadang-kadang tu takpelah kan. Tapi kalau dah selalu awak macam tu, orang naik muak dan bosan. Saya minta maaf. Saya bukanlah orang yang sempurna. Kadang-kadang saya pun emosi juga. Tapi kenalah pandai mengawalnya kan. Hurm, entahlah. Kalau ada masalah, cerita sahajalah. Saya pun TAK PERNAH cerita kat orang lain kalau itu satu rahsia.

Saya rasa macam satu masalah yang belum selesai tetapi meninggalkan saya begitu sahaja. Hurm, emosi gila :(
Takpelah. Saya tak mahu fikir masalah lah sekarang ini. I want to be happy ! ;)




Have a good day people !