Sunday, July 10, 2011

SELALU KENA MARAH

Kau nak tahu, hidup aku dari kecik hingga dewasa asyik kena marah je. Kira dalam dua-tiga hari tu, kalau tak kena marah, bukan aku lah.

Mungkin sebab aku nie nakal sangat? Atau degil sangat? Atau suka buat kerja ikut kepala sendiri je? Dalam erti kata lainnya, kepala batu bata? Mungkin juga.

Tapi boleh terima tak alasan kalau orang tu yang suka marah aku? Orang tu takleh tengok aku senang? Orang tu memang suka marah. Kiranya, MARAH MERUPAKAN HOBI BELIAU. Ok juga kan daripada asyik nak salahkan aku je?

Masa kecik-kecik, agak ramai laa orang yang suka marah aku. Aku bengang kau tahu? Hurm, siapa suka kena marah agaknya?

Bila aku asyik kena marah, makanya aku jadi AGAK berdisiplin. Tapi ada juga aku tak salah tapi kena marah, makanya hati aku memberontak. Ayat cool kan?

Sepertinya, makan nasi setiap hari dengan Budu. Sehari tak dapat budu rasa macam tekak takleh telan nasi.

Tapi bila sudah dewasa, aku tak heran dah orang nak marah aku. Aku Kental sikit lah. Aku rasa ayat KENTAL ini sesuai untuk Malik Noor je.

Bila dah dewasa, aku tak takut sangat laa sebab identiti aku sudah dikenal pasti. Aku akan buat apa sahaja yang aku fikir betul dan bagus. Peduli apa wey? Hidup kalau kena control pun tak guna jugak.

Bak datang, masa kecik-kecik ada pakcik sekor nie suka marah-marah aku. Masa kecik-kecik aku dah banned pakcik nie dari dalam hidup aku. Kalau kat kampung, time nak gi mandi sungai, kalau nampak dia dari jauh, aku akan cari jalan lain. Pakcik nie tegar orangnya. Garang, "Cengir."

Kalau kau jalan tunduk pun, dia akan tegur kau. Tak kisah lah tegur baik atau tak. Yang penting aku tak suka.

Makanya sudah ditakdirkan, dia nie sebenarnya pakcik sedara aku gak. Keturunan bapa aku memang HOBI MEREKA MARAH. Kahkah.

So, sampai sekarang, kalau ada kenduri kawen sedara-mara mesti akan jumpa dia. Tapi dia nie dah tua. Dia dah tak berapa nak garang. Aku pun dah tak takut sangat dengan dia.

Makanya, aku lebih suka ketawakan dia bersama adik-beradik dan saudara-mara aku yang lain bila teringat kisah kena marah zaman kecik-kecik. Walhal pakcik nie tak ingat pun yang dia pernah marah-marah aku masa zaman dahulu kala. Mungkin dah ramai sangat dia marah. Haha.

Hari tu terjumpa dekat kenduri kawen akak sedara. Aku dah tak takut. Ini bukti aku dah tak takut dan gambar ini di ambil oleh adik aku yang turut menjadi mangsa marah beliau di zaman 90-an.





"Sorry Pak Din, Just for fun. Muah!"

Saturday, July 9, 2011

JAWAPANNYA

Hai pembaca. Sekarang secara tegasnya aku ingin khabarkan punca Managerial Economics aku mendapat C.

Aku dah tahu ! Aku telah mengkaji segalanya sendiri. Jangan ingat aku akan berdiam!!!

Dapat C untuk subjek yang 4 jam kredit itu adalah melampau KAU TAHU??!

Aku terlalu kecewa dengan keputusan aku dan aku kesal atas apa yang terjadi.

Aku mahu lebih berjaya selepas ini dan aku akan pastikan perkara ini tidak berulang lagi.

Inilah puncanya :




AKU TAKNAK BUAT LAGI !!!

Just for fun. Jangan tiru aksi ini.

"Saya minta maaf wahai Sir Atchiah. Thanks a lot for everything."

Friday, July 8, 2011

MAGIC

Pernah tak kau tengok orang bercakap dengan mulut yang buka sikit je? Atau, mulut yang besar macam gila macam beruang menguap? Haa, macam mana pun cara mulut orang terbuka, suaranya juga pasti akan akan terpengaruh juga.

Kalau nak jerit, biasanya orang akan buka mulut besar dan mukanya juga muka sedang jerit kan? Kalau mulut terbuka besar, suara juga besar kan? Tambahpula dengan mimik muka yang sama dengan perasaan. Maksudnya, kalau marah, mestilah muka marah kan? Takkan tengah marah muka kau nak gersang pula. Bongok.

Tapi pernah tak kau tengok Magic dimana mulut terbuka kecil tapi suaranya menjerit? Macam bangang kan magik sebegini. Biar aku tunjukkan. Aku mahu kau tengok betul-betul dan kuatkan speaker kau.

AKU HIGHLIGHT PADA MINIT KE 2:43



MAGIC KAN?

Thursday, July 7, 2011

MALAS

Tahu tak, perasaan MALAS? Tak guna. Perasaan ini paling biadap sekali dalam hidup kerana ia mampu memporak perandakan hidup kau.

Hari ini aku janji nak susun kasut ke atas rak. Kasut bersepah yang tidak lagi boleh dimaafkan. Tapi, aku sibuk dengan urusan lain. Dimana 40% daripada urusan-urusan itu adalah tidur sampai tengahari sebenarnya. Kurang ajar punya malas. Aku kena tidur awal mulai esok.

Aku rancang nak belajar jahit baju. Kain dah beli. Beriya beli kain. Sehari lepas tahu buat baju kurung sikit-sikit, esoknya terus pergi beli kain. Hal aku belajar dari mana adalah rahsia. Lepas beli kain, tertangguh pula sehingga hampir seminggu. Jadah apa. Yang aku tak menyempat paksa mama teman pergi beli kain dekat Nagoya tu kenapa kalau nak tangguh-tangguh? Malas. Aku kena ada jadual harian sebenarnya.

Aku nak kerja. Tapi aku malas nak cari. Ini aku tak tahu jalan penyelesaiannya. Gampang.

Aku nak kulit cantik. Jadah apa nak kulit cantik tapi malas uruskan makan-tidur-rehat-minum-berak-mandi semua dengan tidak seimbang? Ini MALAS level nombor 2 sebab ia bagi impak besar pada diri sendiri.

Aku nak buat belog tapi malas nak sign in. Cerita dah ada tapi malas nak copy and paste. Ini pun Malas versi biadap juga.

Tapi malas level yang paling gampang dan biadap dan menempah maut adalah, malas kencing.  Sampai pundi kencing terasa nak meletup baru sibuk nak lari-lari pergi toilet. Paling teruk bila terkencing sikit kat dalam seluar. BIADAPBIADAPBIADAP.

AKU KENA BERUBAH !!!

BANGANG TAK BERTEMPAT

Aku tahu la aku suka buat status yang bukan-bukan di Facebook. Ada yang emosi bila baca status aku yang bercanggah dengan pendapat dia atau ada yang dia tak minat.

Wey, kalau kau rasa tak minat dengan status aku, just Ignore atau Unfriend je dengan aku. Aku tak kisah pun kau nak Remove aku dari Friend List kau asalkan kita tak bergaduh sebab benda kecil yang sememangnya KAU TAK LAYAK nak terasa hati. Dan, ini hadiah untuk kau kerana telah terasa hati à BANGANG.

Kan senang kalau kau biarkan aku dan aku biarkan kau. Aku tak kacau kau, jadi kau jangan kacau aku.
Susah sebenarnya jika kita nak mendidik orang. Bukannya senang. Ada yang PANDAI SANGAT sampai banyak benda pula yang mahu diputar-belitkan. Kalau ada kesalahan aku, tegur dengan baik. Makanya, hati ini lebih lembut untuk menerima nasihat daripada kutukan yang boleh menaikkan darah. CILAKA.

Aku tak suka orang-orang bangang nie. Makanya, jika kau rasa kau bangang, jangan kawan dengan aku sebab aku pun bangang juga. Bangang dengan bangang tak sesuai. Ok, bye.


BILA KAU DAH LAMBAT

Bila kau dah lambat... Kau terpaksa kurangkan tempoh mandi kau.
Bila kau dah lambat... Katil kau tidak berkemas sebelum kau keluar ke kelas.
Bila kau dah lambat... Perfume Britney Spears pun kau lupa nak sembur.
Bila kau dah lambat... Time tu lah minyak kereta kau nak berlampu merah, warning dah nak habis.
Bila kau dah lambat... Ramai pula orang yang beratur nak isi minyak.
Bila kau dah lambat... Kau bawa kereta pada kelajuan yang membunuh dan berhenti mengejut.
Bila kau dah lambat... Semua kereta di depan terasa sebab lembab padahal dah 130km/j.
Bila kau dah lambat... Kau menyesal sebab tidur lambat semalam.
Bila kau dah lambat... Kau berdoa banyak-banyak supaya Lecturer datang lambat.
Bila kau dah lambat... Kereta depan kau nak rosak pula.
Bila kau dah lambat... Time tu la ada kereta saga dan perdana depan kau bergaduh sebab ada tersagat padahal takde apa.

Bila kau dah lambat... Kau suruh orang lain CEPAT.
Bila kau dah lambat... Kau cuba buat muka tak bersalah.
Bila kau dah lambat... Kau kata, “Relax lah, Lecturer tu tak marah punya,” sebab kau nak sejukkan hati kawan-kawan kau.

Bila kau dah lambat... Kau parking di Resident Staff punya parking.
Bila kau dah lambat... Kau lari-lari naik kelas sampai kau semput.
Bila kau dah lambat... Muka kau ketat semacam.
Bila kau dah lambat... Kau masuk kelas dengan hidung kembang kempis bernafas macam Raksasa yang mengamuk, dengan dada naik turun sampai tak nampak leher kau.

Bila kau dah lambat... Kau duduk dalam kelas di tempat yang bukan-bukan atau erti kata lainnya, tempat yang sangat tidak selesa dengan meja yang goyang-goyang, kerusi paling ganjil dalam kelas.

Paling takleh blah bila kau kena duduk bawah aircond yang sejuknya macam Artantika. Cilaka, budak-budak kelas taknak tutup aircond. Semua berkulit badak agaknya.






p/s : Benci bila lambat tapi memang selalu lambat. -_-

LAMA


Semester 4 Degree ini adalah first time aku buat intersesi. Intersesi ok. Sir Syed dah kata, sebut betul-betul. Jangan salah sebut. Ada student jumpa dia dan kata, “Sir, saya nak buat Intercourse.” -_-

Dan selepas berakhirnya Intersesi selama sebulan, inilah dia postnya. Heh! Sorry lagi.

Dah 2 minggu cuti gamaknya. Terasa macam dah lama. Faiz kata, mungkin sebab intersesi tu dah macam cuti sebab kita belajar relax je. Padahal aku tak relax langsung.

Cuti 2 minggu ini membuatkan aku lebih berdedikasi dalam menguruskan rumah. -_-
Melepet, ketepet, potpet, semua aku rasa. Bosan.

Tapi best juga bila dapat polish up skill memasak aku. Pergi beli apa sahaja yang aku nak dan masak. Keluarga kalau banyak bunyik, kau kata je, “Orang dah masak penat-penat, cakap macam tu pula.” Confirm dorang diam.

Dalam tempoh 2 minggu ini, tidak mungkinlah otak aku tak berfungsi langsung. Banyak benda yang aku fikirkan. Aku memang nak kerja. Tapi masih malas nak cari. Boleh ke alasan malas nak cari? Bangang apa alasan itu.

Ada juga yang aku fikir untuk buat sesuatu bisnes. Makanya, bila pembaca mengetahui tentang BISNES, ramai aku perlekehkan aku, “Bisnes apa yang dia nak buat? Mesti tak untung mana. Aku taknak terlibat dalam bisnes dia nie.”

Okay, okay, aku tak paksa. Aku hanya mencuba. Sesungguhnya 9/10 daripada rezeki adalah daripada perniagaan. Makanya, aku mahu mencuba. Aku mahu mencuba. Aku mahu mencuba. Berjaya atau Gagal, kita saksikan kemudian. Dan aku sangat terbuka untuk menerima kegagalan kerana aku percaya, kegagalan itu pemula kepada kejayaan. ECEH~

Makanya, aku ingin bagitahu bahawa sehingga ke saat ini, otak aku masih bagus kerana boleh berfikir dan merancang. Walaupun hidup melepet, ketepet, potpet.

p/s : whatever lah.