Saturday, January 14, 2012

Siapa tahu

Siapa tahu dia yang aku terima, dia yang membuang aku.
Siapa tahu dia yang aku maafkan, dia yang tidak memaafkan aku.
Siapa tahu dia yang aku tolong, rupanya dia yang menyesakkan aku.
Siapa tahu dia yang aku gembirakan, rupanya dia yang menyedihkan aku.
Siapa tahu dia yang aku harapkan, rupanya dia yang tinggalkan aku.
Siapa tahu dia yang aku titik beratkan, rupanya dia yang menghinakan aku.
Siapa tahu dia yang aku baikkan, rupanya dia yang burukkan aku.

...Takpelah...

Sabar

Rasanya banyak hal yang perlu dipersoalkan. Tapi rasanya tiada siapa sudi menjawabnya. Mungkin ini dugaan Yang Maha Esa. Aku berserah diri kepada-Mu Ya Allah.

Kadang-kadang mencari teman untuk berbicara. Tapi semuanya macam taknak ambil tahu. Bila telefon, semuanya sibuk. Nak juga rasanya meluahkan perasaan yang terbuku dihati. Ya, mungkin kawan-kawan itu tempat untuk berkongsi kegembiraan. Bukan lagi tempat untuk bersedih.

Pernah juga 5 days in a row aku bersedih dengan apa yang terjadi. Semuanya seorang diri. Nak bercerita pun takut terkata fitnah, mengumpat. Jadi baik aku diamkan.

Menelefon kawan tapi demam pula.
Menelefon kawan tapi sibuk pula.

Semuanya serba tak kena. Mungkin satu sumpahan untuk aku bila bergembira ada sahaja orang disekeliling. Tapi bila bersedih tiba-tiba semuanya hilang.

Pelik. Tapi aku harus teruskan hidup aku. Walaupun sampai bila-bila jadinya begini, aku harus terima.

Ya, bukan semua sudi mendengar kesedihan kita walaupun kita sentiasa mendengar kesedihan mereka.


END.

Kenapa saya telefon awak?



Sebab saya nak menerangkan apa yang tak terang.
Sebab saya nak betulkan apa yang tak betul.
Sebab saya nak bagi jawapan atas setiap persoalan awak.
Sebab saya nak menegakkan keadilan untuk diri saya sendiri.
Sebab saya tahu tiada siapa akan bela saya.
Sebab saya nak awak tahu, kebanyakan yang awak tahu itu adalah Fitnah.
Sebab saya sayang diri saya.
Sebab saya Professional. OKBYE. ;)

Saturday, December 17, 2011

Henpon

Banyak kali juga hari nie aku tengok-tengok henpon aku. Dah macam apa. Tunggu something. What is that "something" ? Entah. Aku tak tahu atau aku tak berani nak luahkan apa.

Aku tunggu kalau ada kawan nak mesej atau call aku. Dah la aku tengah bosan. Sibuk menanti sesuatu yang tak pasti. Maka, bila ianya tidak terjadi, aku hampa sedikit. Takpelah. Allah SWT Maha Mengetahui.

Tapi, tadi aku tersenyum bila dapat tahu ada orang tu baca entri aku :)

Thank you tau. At least kau tahu apa yang aku rasa.
Sorry kalau aku tak begitu menepati ciri-ciri seorang kawan macam yang kau harapkan. Tapi inilah hakikatnya, "Aku". Yang penting, aku sangat menghargai engkau.

I can't change myself to satisfy people. Maybe you should learn to accept me.
I miss you friend.


Goodnight.

Tuesday, November 29, 2011

Happy 2 Years and 6 Months Anniversary

Hari ini genap 2 Tahun 6 Bulan percintaan aku dengan Iqbal.

Sepanjang bersama, biasalah we went ups and downs. Kalau tengah mood baik tu, mulalah macam orang baru kahwin setiap hari. Bukan main bahagia. Romantik gitu. Konon-konon baru tadi kawen.

Tapi bila datang time down, memang mood masing-masing jadi down. Memang gampang. Aku benci. Bila gaduh zaman dulu-dulu time "aku-tak-berapa-cinta-kamu" tu, memang pergi mampos. Iqbal bagi ayat tacing pun aku tak kisah. Kahkah. DULU LAH ! Tapi sekarang, memang dia berjaya buka pintu hati. Kahkah. JIWANG.

Makin lama, biasalah. Allah menguji hambaNya untuk membuatkan hambaNya dekat kepadaNya. Hubungan ini juga biasa diuji. Ahh, penat juga melayan dugaan itu. Sakit hati sangat-sangat. Kau orang takkan percaya jika aku cerita dan kau orang tidak akan percaya apa pengorbanan yang aku dah buat. Cewah, konon-konon cerita nie macam kena kawen paksa oleh orang tua tetapi lari dari rumah. Kahkah. Dah laa. Itu hal aku dan Iqbal. Biarlah  Allah sahaja yang tahu.

Tak payah kata aku nie baik sangat. Malas nak cerita, Iqbal pun banyak berkorban untuk aku. Ya, banyak sebenarnya. Hmm, sebab tu aku sayang dia. Hehehe.

Di zaman kejahatan aku yang lalu (konon-konon macam zaman sebelum Masihi - zaman Firaun? Erkk!), Iqbal masih bersama dan percaya aku akan berubah untuk dia. Ya, betul. Sekarang aku sudah berubah. Demi dia, dan demi masa depan. Ada baiknya juga perubahan itu.

Sebab itu, jika budak Ikebal nie buat masalah, aku sabar. Walaupun aku menangis bersedih, aku minta pada Allah supaya kuatkan hati aku. Jangan biarkan aku give up. Sebab aku pun yakin dia boleh berubah demi aku, dan masa depan kiteorang.

Well, kekuatan seseorang harus ada batasnya. Allah sahaja yang Maha Berkuasa. Aku redha jika takdir tidak menjodohkan kami. Walaupun aku percaya aku akan frust menonggeng tahap gaban. Takpe, aku redha. TAPI SEBENARNYA TAKNAK BERPISAH. Boleh tak? Hukhuk. Amin Ya Rabbal Alamin.

Dugaan yang kuat tu memang pedih laa bila nak ingatkan balik. Tapi dengan kuasa Allah, kiteorang masih bersama for almost 3 years. Pada aku 3 tahun itu sudah agak lama la. Kalau orang kawen, dah ada anak 2 orang. Tapi kalau kembar 2, dan 2 kali beranak, dah ada 4 ekor jugalah.

Dalam percintaan kalau asyik bahagia, kau takkan kenal hati budi pasangan engkau. Maka, dalam percintaan kiteorang pun, macam gampang jugalah pelbagai perkara terjadi bikin hati gua panas.

Biasalah, hidup tidak selalunya indah. Bila makin besar, perangai makin menjadi-jadi. Kes dah pandai menjeling perempuan sekeliling satu hal juga. Bab mata memang aku takleh control. Kadang-kadang aku menyirap darah rasa macam nak cungkil biji mata dia. Biar mata dia asyik pandang aku aje. Kahkah.

Aku faham, dia tiada niat apa-apa pun. YE. AKU HARAP BEGITULAH.

Well sayang, If you read this, I would like to let you know that I always love you and this love is always growing in my heart. Day by day. It can't be denied any more as the feeling has become TOO MUCH. If whatever happens between us, I hope we can be matured in solving it. We are big enough. It is not the time to play around any longer. If they were already happened, we need to take it as something that should NEVER be repeated again in the future. I hate fighting because you know I am not strong as before. I am such a weaker recently! I could fall whenever I can't stand. I could die if the sickness hard to be faded away from me. Ouch, too bad of me. Too bad because I am soooo in love with you.

Kalau engkau tak faham ayat bahasa London ini, atau konon-konon Si Pakwe - si IKEBAL itu tidak faham, gunalah Google Translate (G.T). Dan kau akan faham kerana G.T banyak membantu para pelajar yang tak faham bahasa London. Nah ini peralihan bahasa yang si Encik G.T ini sudah tolong berdasarkan ayat di atas,

Well sayang, Jika anda membaca ini, saya ingin untuk membiarkan anda tahu bahawa saya sentiasa menyayangi anda dan kasih sayang ini sentiasa berkembang di dalam hati saya. Hari demi hari. Ia tidak boleh dinafikan lagi kerana perasaan itu telah menjadi terlalu banyak. Jika apa-apa yang berlaku antara kami, saya berharap kita boleh matang dalam menyelesaikan. Kami adalah cukup besar. Ia bukan masanya untuk bermain-main apa-apa lagi. Jika mereka sudah berlaku, kita perlu mengambil ia sebagai sesuatu yang TIDAK perlu diulangi lagi pada masa akan datang. Aku benci berjuang kerana anda tahu saya tidak kuat seperti sebelum ini. Saya yang lemah baru-baru ini! Saya boleh jatuh bila-bila masa saya tidak boleh berdiri.Saya boleh mati jika penyakit yang sukar untuk pudar jauh daripada saya. Aduh, terlalu buruk saya. Terlalu buruk kerana saya soooo cinta dengan anda.

"TERLALU BURUK SAYA" -_-

Kesimpulannya, Si budak Ikebal nie memang senang nak jaga sebenarnya. Dia punya ego tu taklah hebat mana jika dibandingkan dengan kisah cinta kawan-kawan aku yang lain. Alhamdulillah dia dapat faham aku dan aku perlu faham dia. Well, so far~

Aku harap tiada apa yang boleh ganggu hubungan kiteorang. Penat bodoh asyik bertekak hal yang sama.

And sayang, please do something. Please change to a better person as I have changed for you. I believe, if you love me, you can do it. :)


I APPRECIATE YOUR EXISTENCE IN MY LIFE.


HAPPY 2 YEARS 6 MONTHS ANNIVERSARY,
MUHAMAD IQBAL ROSLI

:)

- I love you -







Friday, November 25, 2011

Kenapa aku taip tetapi aku padam semula?

Kenapa aku taip tetapi aku padam semula?
Aku taip cerita panjang-panjang tapi bila hati kata "Tak payah Publish."
Maka, segala yang panjang-panjang itu lupus begitu sahaja...

Kenapa aku taip tetapi aku padam semula?
Aku tak faham apa yang aku takutkan...

Kenapa aku taip tetapi aku padam semula?
Entah apa yang menghalang hati ini daripada berkongsi rasa dengan semua...

Kenapa aku taip tetapi aku padam semula?
Hati sering berasa untuk meluahkan perasaan tetapi dibiar ia terpendam daripada menjadi pengetahuan umum.

Kenapa aku taip tetapi aku padam semula?
Ini bukan aku. Aku seorang yang yakin berbicara dan meluahkan rasa. Tapii...

Kenapa aku taip tetapi aku padam semula?
Ya, ada sesuatu yang mengganggu fikiran aku.


Apa sebenarnya ia?

Thursday, November 24, 2011

Malam tadi

Hai awak! Dah lama kita tak bersembang. Dah lama tidak bertegur sapa. Kenapa ya? Saya pun tidak tahu mahu silapnya.

Setahu saya, saya okay aje dengan awak.
Seingat saya, kali terakhir kita berbual dalam telefon, awak bukan main kasar lagi.
Saya kata, saya doakan awak bahagia dengan sesiapa sahaja yang bakal jadi isteri awak. Tapi awak kata, "Suka hati aku lah dengan sesiapa pun yang aku kawen."

Bila saya kata, "Eh kau sombong kan sekarang! Kenapa dah lama tak mesej and call aku nie?" Lepas tu awak buat alasan, sibuk buat persiapan perkahwinan. Padahal awak menipu. Mungkin awak kata macam tu sebab awak nak jauhkan diri dari saya. Tapi, saya happy sebab awak dah bertemu jodoh awak. Tapi awak kata, "Kau nak happy kenapa, aku taknak jemput engkau pun." Oh.

Takpe. Saya tahu saya ini kasar orangnya. Kadang-kadang biadap. Babi Bodoh Bangang itu memang perkataan harian. Tapi tak pernah pula saya bayangkan muka awak macam babi. Tapi kalau awak rasa nak jadi babi, suka hati awak lah.

Ya, Awak memang kasar, tetapi saya sangat yakin awak kasar diluaran sahaja. Tetapi dalaman awak, awak memang penyayang. Cewah.

Awak memang baik dengan saya. Saya pernah luahkan kesedihan saya pada awak. Awak pendengar yang baik. Kadang-kadang saya pernah berdoa supaya saya dapat pasangan hidup yang baik macam awak.

Kadang-kadang saya akan teringat pada awak. Tapi tak boleh. Saya tahu TAK BOLEH ! Sebabnya, saya TAKNAK kekasih saya buat macam tu pada saya. Maka, saya tidak boleh buat begitu! Saya tahu dimana hadnya. Jangan risau, saya cintakan Kekasih saya.

Kalau awak menjauhkan diri dari saya demi menghormati hubungan saya dengan kekasih saya, TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK! Tapi saya tak pernah bagi hati saya pada awak pun?

Mungkin awak ada alasan tersendiri kenapa awak taknak kawan dengan saya dah...

Awak, saya nak awak tahu, Malam tadi saya mimpikan awak. Dalam mimpi tu, awak marah saya kenapa saya sombong dengan awak. Awak marah, kenapa kita dah tak friend macam dulu? Saya pun tatau nak jawab apa dengan awak. Tapi bila bangun tidur, saya tersenyum :)

Saya menghargai persahabatan kita. Kalau awak rasa nak kawan dengan saya lagi, telefonlah saya. Jangan risau, saya tahu macam mana nak bercinta dan macam mana nak berkawan :)

SEMOGA AWAK BAHAGIA SELALU.